zwani.com myspace graphic comments

Sunday, 16 June 2013

Hijrahku Bermula Di KL

Bismillahirahmanirahim

Alhamdulilah sewaktu Allah mengizinkan ku untuk menulis catatan ini
sudah hampir 3 minggu pengembaraanku bermula
disini
di

UNIVERSITI MALAYA


Perjalanan aku dan keluaga dari bumi Kelantan memakan masa kira-kira
9 jam.

Pendaftaran ku pada hari sabtu tetapi kami sudah tiba pada hari jumaat :)

masa mula2 sampai kat KL

~KAMI SESAT~

tapi Alhamdulilah segalanya dipermudahkan dengan bantuan
GPS

Masalah seterusnya bermula apabila tak dapat jumpa hotel untuk menginap.
Hampir 3 jam keliling KL sehinggalah akhirnya dapat juga satu hotel 
nama apa entah :P

Pada hari pendaftaran
kul 8 pagi dah bercacak kat dalam universiti malaya



satu je boleh kata
kawasan dalam UM sendiri pun dah sgt luas sehingga macam kat lebuhraya :3

mula2 igt nak cuba dpatkan satu bilik dgn kawan ku mustaqim tapi
Allah ada rancangan yg lebih baik and finally ~~~



Inilah dia room mate ku namanya Hanif B Abdul Hamid ^^
Orang Perak nooohhh ^^

hehe abaikan background tu yer..

haaa ni plak meja studyku yg baru di bilik yg baru :)


Untuk seminggu yg pertama ni
kami semua pelajar 

Pusat Asasi Sains Universiti Malaya
(PASUM)

kami diwajibkan mengikuti program 
Minggu Haluan Siswa

yang diuruskan oleh senior kami tahun lpas

program ni memang seriously best 
tapi letihhhh sangat ^^
huhu

semua orang sporting jer
time ni semua orang dibahagikan dalam mcm2 group
aku dalam kumpulan G4

nak ditakdirkan dilantik jadi ketua G4 :)

tapi waktu bersama kumpulanku tak lama 
sbb aku dimasukkan dalam satu kumpulan khas iaitu

KESPER

Group ni khas utk menguruskan malam terakhir nanti
aku ditugaskan dalam kumpulan drama :3

tapi nasib baik dapat jd watak sampingan jer ^__^


yang baju kuning tu semua KESPER.

semasa kat sini kami belajar 2 tarian yg sgt best
iaitu

Gummy Bear Dance
&
Shi xua xua

hehe

Pada malam terakhir semua orang menari ^^



Memang best sgt2...

pada malam tu semua penat lelah kami kumpulan KESPER
sgt berbaloi :))

semua org bersorak untuk setiap persembahan especially
kumpulan drama :D

ni gambar all KESPERIAN



Selepas tamat minggu MHS
maka bermulalah minggu kuliah
hanya kuliah selama 2 minggu




mcm2 ilmu dapat,
 moto kami disini

" THE GRADE IS A AND THE NUMBER IS 4"

walau apapun kami kat sini nekad nak dapatkan 4 flat
utk kejar cita masing2 ^^

almost setiap hari aku akan wake up early and went to bilik audi tempat kuliah
dgn jiran sebelah 

Fahmi
&
Hazwan


yg paling kiri tu hazwan and paling kanan fahmi ^^

esok in shaa Allah bermula minggu sebenar pengajian sebenar
Allah telah takdirkan aku di group R1

harap sgt semuanya berjalan lancar

kat sini aku paling rapat dgn seorang fasi nama kak jasmin
she gave me 2 buku fizik 

hehe jimat budget plus its really useful


masih igt lagi kata2 dia 

" I have hope in u "

wahhh,, memang bersemangat lah lpas dgr kata2 tu
harap dpat terus kekal cam tu 
in shaa Allah ^^

meskipun dugaan disini agak byk dan byk perkara yg dah berlaku
tapi jujur
aku redha
sbb aku yakin walau apapun yg terjadi Allah sentiasa menyediakan yg lebih baik utkku
di masa hadapan..

and finally ni gambar kami budak2 kelantan kat PASUM ni :)

kami harap dapat mengharumkan nama kelantan jugak kat sini.
semoga Allah merahmati semua pelajar PASUM 
 aminnn