zwani.com myspace graphic comments

Sunday, 21 September 2014

Syaitan pun percayakan Allah. Kita ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi menjejakkan kaki dan meluangkan secebis masa untuk membaca sekeping coretan ku ini ;)

Moga Allah redha dan memberkati setiap amal baik yang kita kerjakan dan memberi kita kesempatan untuk memohon keampunan sebelum hembusan nafas kita yang terakhir . aminnn ...

Jadi, in shaa Allah kali ni rasa nak kongsi sedikit info tentang satu ceramah yang saya dengar di laman youtube ^^ Penceramahnya ialah Yasir Qadhi.

Kalau kita renungkan dalam lipatan sejarah islam, sebaik sahaja iblis ingkar perintah Allah apabila Allah azza wa jal menyuruhnya sujud pada Adam as, apa yang iblis lakukan ? 




BERDOA

Dia berdoa ! Cuba kita bayangkan suasana disaat itu. Iblis baru sahaja mengingkari perintah Allah di depan Allah. Di hadapan Allah dan Allah baru sahaja sekejap tadi menghukumnya. Namun, meskipun semua yang terjadi iblis tetap berdoa pada Allah.

AJAIB BUKAN

Mengapa iblis melakukannya ? Kerana iblis sedar akan hakikat hanya Allah yang mampu memberikan apa sahaja yang dia mahukan dan tiada yang lain mampu melakukan hal yang sama.

Tapi, lebih ajaib bila kita perhatikan keadaan umat islam secara global pada hari ini :3

Berjuta-juta muslim berdoa pada insan soleh yang telah meninggal dunia seperti Sheikh Abdul Qadir Al Jailani dan ramai lagi.

Iblis pun tidak sebodoh ini !!!

Bukankah telah dikhabarkan oleh nabi Muhammad saw :

 Dia (Allah) berfirman : ‘Barangsiapa berdoa kepada-Ku akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun, akan Ku ampuni dia.” [0602]

Barangsiapa yang memohon sesuatu pada yang lain dari Allah terutamanya dari mereka yang telah tiada, bukan sahaja mereka tidak akan mampu memperkenankan doa kita malahan mereka tidak akan mendengar pun .

Lebih dari 500 ayat Al-Quran melarang kita meminta sesuatu selain dari Allah.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah setiap dari kita punya keinginan, kadang-kadang keinginan tu kelihatan jauh dan sukar dicapai. Berusahalah dan berdoalah pada Allah serta yakinlah pada-NYA.

Allah akan sentiasa memberikan yang terbaik pada kita walaupun pada awalnya kita mungki tidak menyedarinya .

Allah befirman :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.

(Al-Baqarah: 216)

Yakin dan teruskan usaha serta berdoalah.





--------- Buat yang ingin mendengar sendiri ceramah itu boleh click link dibawah :) 



No comments:

Post a Comment