Dalam meneliti dunia di sekeliling kita pada hari ini dalam skala yang kecil seperti di kampung, sekolah, hostel, kelas mahupun kampus bagi pelajar universiti tak dapat kita nafikan pasti setiap dari kita akan menemui sebilangan muslim ataupun bukan muslim yang melakukan suatu tingkah laku yang negatif.
Kadang-kadang hati kecil kita sering berkata :
" biarkanlah dia , dosa dia bukan aku "
Namun jarang dari kita yang memikirkan dan melaksanakan langkah yang mampu diambil untuk melakukan sesuatu bagi membawa perubahan. Sedar atau tak sedar kita membiarkan banyak keburukan semakin berleluasa yang mana tak mustahil satu hari nanti ia akan memberi impak buruk pada diri kita sendiri.
Nabi saw bersabda :
" Tidak sempurna iman kamu selagi mana kamu tidak menyayangi saudara kamu seperti mana kamu menyayngi diri kamu sendiri "
Apabila seorang muslim melihat individu muslim yang lainnya harus bagi kita untuk cuba mengubahnya dengan tangan, lidah atau membenci dengan hati akan perbuatan itu.
Langkah yang diambil tidak perlu terlalu drastik seperti menampar kawan kita kerana menghisap rokok.
Nabi Muhammad saw mengajar kita method dakwah yang lembut. Mungkin kita boleh berusaha mengajaknya menunaikan solat berjemaah bersama-sama sebagai langkah awal.
Setelah beberapa hari, ambil langkah seterusnya dengan berkongsi kisah-kisah pengorbanan para sahabat dan nabi terdahulu atau mana-mana individu, ini akan memberi impak dalam melembutkan hati setiap sahabat kita.
Dalam perjalanan dakwah, akan sampai suatu tahap kita harus menyatakan kebenaran yakni setelah kita yakin individu tersebut sudah mampu menerima dan berfikir akan kata-kata yang kita luahkan sebagai seorang sahabat.
Namun, jarang yang akan terus berubah. Berikan mereka masa. Pada waktu yang sama jangan berhenti mengulangi langkah pertama dan kedua. Kongsikan pengalaman dan banyakkan mendengar luahan mereka bagi memahami personaliti sahabat kita.
Sebagai seseorang yang memegang title 'MUSLIM'
Dakwah yakni mengajak pada kebaikan sudah menjadi tanggungjawab kita. Perasaan takut dan risau diawalnya itu normal. Padamkan ia dengan merenungkan apa yang mungkin terjadi kalau kita membiarkan perkara itu terus berlaku.
Jangan menunggu guru atau ulamak memulakan langkah. Mintalah nasihat dari mereka dan kita sendiri perlu cuba melakukan sesuatu sedaya yang kita mampu.
Selidiklah dahulu sesuatu hal sebelum memulakan dakwah pada sesuatu bahagian. Jangan hanya membuta tuli kerana di akhirnya ia hanya akan membawa impak yang lebih buruk pada diri dan orang lain.
Kalau bukan kita. Siapa lagi ?
Itulah kata-kata yang saya tanam didalam hati bagi menggagahkan diri melangkah kehadapan dan menyatakan apa yang benar 3 tahun yang lalu.
Langkah pertama is always the hardest tapi bila kita berjaya mengharunginya, ketika itulah hati akan mendapat nikmat ketengan.
Dakwah adalah suatu peluang keemasan yang luas, bukan sahaja ia akan membentuk individu lain tapi terutamanya ia akan membentuk diri kita sendiri.
Kata-kata yang dilafazkan secara tidak langsung akan menjadi bimbingan dan peringatan buat diri sendiri.
Nabi saw bersabda :
“Barang siapa yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, maka baginya pahala seperti orang yang melaksanakannya”
Ia adalah saham yang sangat-sangat
menguntungkan !!!
---> Pelbagai langkah boleh dipilih berdasarkan personaliti individu yang ingin kita dekati tapi asasnya adalah menjadikan individu itu menerima kita sebagai seorang sahabat yang mampu berkongsi .....
____________________________________________________
- UNTUK SEBARANG TEGURAN SANGAT-SANGAT DIALUKAN :)
No comments:
Post a Comment