zwani.com myspace graphic comments

Thursday, 5 February 2015

Sunnah dalam Bersukan

Asslamualaikum..

Ramai dari kita tak sedar nak dapat pahala ketika bersenam macam mana. Selalunya kita bersukan untuk kesihatan dan keseronokan semata-mata dan kita membiarkan waktu yang kita gunakan untuknya berlalu tanpa mengutip pahala.

Ini cara nak dapat pahala ketika bersukan dengan mengikut sunnah nabi saw :)



Antara sukan yang pernah dilakukan oleh nabi saw adalah :

1. Memanah
2. Menunggang kuda.
3. Bergusti

Nabi saw juga menggalakkan anak-anak diajarkan cara untuk berenang.

Apa yang penting disini adalah kita harus sedar bahawa bersukan itu adalah sunnah. Maknanya, andai kata kita keluar dari rumah untuk berjoging, berbasikal, bermain bola atau gimnastik meskipun perkara itu tiada di zaman nabi saw tapi ia akan menjadi sunnah apabila kita niat mahu mengikut didikan nabi saw.

Bersukanlah demi menguatkan badan untuk lebih taat kepada Allah SWT.

Nabi saw bersabda: “ Berseronoklah dan amalkanlah bersuka. Aku tak suka orang melihat keterbatasan dalam agamamu. “

Berseronoklah tapi jangan sampai melampaui batas ye :) 

Seterusnya, nabi saw juga suka menganjurkan perlumbaan. Baginda saw menganjurkan perlumbaan kuda kemudian akan memberi hadiah pada kuda-kuda tersebut.

Senang cerita, cara paling mudah nak dapat pahala ketika bersenam ialah kita niat ini untuk ikut cara nabi saw jaga kesihatan.

Tapi, kena hati-hati jugak. Time bersenam tu tutup aurat elok-elok dan janganlah bersenam sambil nak dating dengan awek/pakwe yang tak halal lagi. 

Kan nak ikut cara nabi saw. Kan nak bersama nabi saw nanti :) So kuatkan hati tu. Syurga tak free, kenalah korban sikit kat dunia ni :))))


No comments:

Post a Comment