zwani.com myspace graphic comments

Monday, 2 February 2015

Sunnah ketika di tandas

Assalamualaikum.
Alhamdulilah, kali ni nak kongsi serba sedikit tenatng sunnah yang boleh kita lakukan sebelum memasuki tandas..

Selalunya tandas ni pada umumnya kita anggap sebagai satu tempat yang jijik dan kotor tapi kalau kita mengamalkan sunnah nabi saw, ia akan menjadi tempat untuk kita mengutip pahala :D

Ini antara sunnah yang dapat dipetik dalam rancangan Fattabiouni, Moga bermanfaat :D



1. Tanggalkanlah cincin atau benda yang disebutkan nama Allah terlebih dahulu sebelum memasuki tandas.

2. Sebelum memasuki tandas, berdoalah dengan memohon perlindungan daripada syaitan. Silalah baca doa masuk tandas:

“ Allahumma inni auzubika minal khubusi walkhobais “

Maksudnya: Wahai Allah, aku berlindung kepadaMu dari syaitan jantan dan syaitan betina. “

3. Pakailah sesuatu untuk menutup kepala.

4. Pakailah selipar agar tidak terpijak najis.

5. Mengangkat pakaian agar tidak terkena najis. Contohnya seluar yang terlalu labuh kita lipat ke atas.

6. Masuk ke dalam tandas dengan mendahulukan kaki kiri.

7. Elakkan menyebut nama Allah sewaktu berada di dalam tandas.

8. Elakkan bercakap-cakap didalam tandas dan andai kata ada yang memanggil maka cukuplah menjawab dengan berdehem.

9. Nabi saw tidak menyukai kita bertelanjang di dalam tandas.

10. Cucilah bahagian tempat keluarnya najis dengan air dan batu( benda yang kesat, tisu pun boleh ). Caranya adalah menyapu najis terlebih dahulu kemudian diikiuti dengan air.

11. Gunalah tangan kiri apabila hendak menyucikan tempat keluarnya najis.

12. Beristibra’ iaitu berdehem-dehem selepas membuang air kecil serta melalukan tangan di bawah alat sulit agar dapat mengeluarkan baki air kencing dari badan.

13. Keluarlah dari tandas dengan mendahulukan kaki kanan kemudian berdoalah dengan doa :

“ Alhamdulilah Alladzi Adzhaba ‘anni Addza Wa ‘afani “

Maksudnya: segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesakitan dariku dan menyihatkanku.

14. Apabila hendak membuang hajat, angkatlah pakaian sekadarnya sahaja dan jangan mendedahkan seluruh auratnya.

15. Duduklah dengan kedudukan menekan kaki kiri agar dapat memudahkan keluarnya air kencing dan najis.

16. Elakkan kencing pada permukaan yang keras kerana ini akan menyebabkannya terpecik mengenai pakaian.

17. Bersihkanlah kesan najis selepas kita selesai membuangnya.

Amalkan sunnah :) Niat dalam hati buat ni nak ikut nabi saw in shaa Allah dapat pahala. 

Kalau kita tak amalkan sunnah. Siapa lagikan so sama- sama kita berjinak-jinaklah ye :D


No comments:

Post a Comment