zwani.com myspace graphic comments

Monday, 9 March 2015

Dunia

Bismillah...


Assalamualaikum..



Dunia... At this moment, setiap yang membaca kalimah-kalimah ini sedang melangkah di alam dunia yg didefinisikan sebagai sebuah tempat untuk kita menerima ujian. Ujian datang dalam pelbagai bentuk, ujian bukan hanya sesuatu yg mana apabila ia datang kita merasa sedih, tapi sesuatu yang menggembirakan juga boleh menjadi suatu ujian.

Ujian itu pelbagai sesuai dengan kemampuan setiap individu dan kerana itulah kita perlu meletakkan suatu keyakinan dalam hati bahawa setiap sesuatu yg berlaku pada kita tak lain melainkan ia telah diizinkan oleh Allah.

Sedangkan sehelai daun yang jatuh didalam hutan sewaktu malam yg kelam pun jatuh dengan izin Allah, inikan pula sesuatu yang menimpa kita.

Ikhwanul muslimin, Allah sayangkan kita lebih dari kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Mana ada seorang ibu ingin menganiaya anaknya sendiri !

INIKAH PULA ALLAH

Kasih sayang Allah pada hamba-Nya menjangkaui pemikiran kita manusia yang lemah. Allah hadirkan kita didunia dan Dia berikan kita ujian tak lain dan tak bukan melainkan kerana Dia ingin mengangkat darjat kita.

Dan kerana itu apabila kita memperoleh sesuatu yang tidak kita sukai, jangan terus melatah tapi fikirlah terlebih dahulu dan renungkan bahawa ini adalah dari Allah, Tuhan yg menyayangiku.

PASTI ADA HIKMAHNYA

Mungkin ujian itu berterusan untuk beberapa tahun.. SO WHAT ?? Sedangkan para nabi diuji dengan lebih dasyat dan lebih lama.. Tapi kenapa mereka mulia ? kerana apabila diuji mereka sabar, mereka yakin dengan Allah..

Kalau kita dah buat dosa tak kiralah walau apapun hatta syirik !! Bukankah kita masih bernafas? 

Bukti Allah masih membuka peluang untuk hamba-Nya bertaubat dan kembali menjadi insan yang lebih baik adalah Allah masih mengurniakan kita peluang untuk berada didunia ni..

Korban..... Korban saudaraku, untuk mentaati perintah Allah bukanlah senang dan ITULAH ujiannya. Kadang2 kita rasa malas utk solat dan itulah ujiannya. 

Setiap dri kita menginginkan syurga... Sedangkah di dunia kalau kita ingin ke tandas kita sudah perlu membayar wang, inikan pula syurga Allah...

Ujian yg sukar dilihat yang jarang disedari ramai org adalah ujian yg hadir dalam bentuk kegembiraan. 

Ujian sebegini selalunya datang untuk menguji sama ada kita bersyukur atau tidak serta apa tindakan kita setelah menerima ujian tersebut..

Andai kata kita tiba2 mendapat wang RM 1000, apa salahnya kalau kita menyedekahkan RM 200 untuk kebajikan orang lain? 

Wallahi kita takkan rugi walau satu sen andai memberi sedekah malahan kita telah membuat perniagaan yg pasti memberi keuntungan.

Akhir sekali, dunia ini hanyalah seperti satu persinggahan, kita singgah disini hanyalah untuk mengutip bekalan yang bakal kita persembahkan di hadapan Allah kelak..

Apa yg kita buat disini, itulah yang bakal kita tayangkan di hadapan Allah Tuhan Seluruh Alam.

Jdi renungkan dan muhasabahlah diri.. apa yang bakal kita tunjukkan pada Allah kelak ?

Kenapa agaknya hati kita sekarang suka sgt dgn dunia ye? Jawapannya mudah sahaja, kerana mata kita telah dikaburi dari melihat nikmat yg lebih besar sedang menanti. Ia dikaburi dengan nikmat dunia ini yang hanyalah bersifat sementara.

Ya, mata hati kita dah kabur. Kerana itu ramai diantara kita rela meninggalkan solat kerana perlawanan bola, rela melakukan maksiat meskipun sudah tahu Allah melarangnya.

So, mcm mana nak baiki hati kita yang dah rosak teruk ni?

Mulakan dengan 2 langkah mudah sahaja. 

1. Bagi yang tak solat. Mulalah belajar cara mengerjakan solat. Jgn pernah rasa terlambat. Bagi yang dah solat, mula solat secara berjemaah. Buat slow2, tp pastikan sentiasa ada improvement..

2. Jangn tinggalkan Quran. At least sehari semuka !! jgn pernah tggalkan Quran.. Lepas baca, spend lah masa sikit pun jadilah untuk baca tafsir ayat2 yang telah kita baca. Sikit2 pun takpe.

PALING PENTING WALAU APAPUN
I.S.T.I.Q.A.M.A.H

trima kasih :) Assalamualaikum...




No comments:

Post a Comment