zwani.com myspace graphic comments

Saturday, 28 March 2015

Hadis Qudsi: Sesalnya Ahli Neraka



Dari Anas bin Malik ra:
" Bahawa Rasulullah saw bersabda, ' Akan didatangkan dengan seorang lelaki dalam kalangan ahli neraka, lalu Dia berfirman kepadanya,
' Wahai anak adam, bagaimanakah engkau mendapati tempatmu?'
Dia menjawab,'wahai Tuhanku ia adalah seburuk-buruk tempat.'
Dia berfirman,'Adakah engkau mahu menebusnya( tempat tinggalmu itu ) dengan emas sepenuh bumi?' Dia menjawab,' Ya, wahai Tuhanku.'
Dia berfirman,' Engkau berdusta. Sesungguhnya engkau telah diperintahkan dengan perkara yang lebih mudah daripada itu( iaitu tidak syirik kepada-Ku, namun engkau mengabaikannya ).' Lalu dia dikembalikan ke dalam neraka.'"

( Riwayat Ibnu Hibban. Sanadnya melalui para perawi Muslim )

Dari Anas bin Malik ra:
Daripada nabi saw Baginda bersabda, " Sesungguhnya Allah berfirman kepada penghuni neraka yang paling ringan siksaannya. 'Jika bagimu sesuatu yang ada dibumi, adakah kamu akan menjadikannya tebusan( dengan azab yang ditimpakan keatasmu )?'
Dia menjawab,'ya'.
Allah berfirman,'sesungguhnya Aku telah perintahkan kepadamu suatu perkara yang lebih kecil daripadanya sedangkan kamu pada waktu itu berada di dalam tulang sulbi Nabi Adam bahawa kamu jangan menyekutukan-Ku, namun kamu enggan lalu melakukan perbuatan syirik. "

( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )


No comments:

Post a Comment