Apabila
menyebut ‘islam’ di mata dunia, ramai golongan tak kira dari apa jenis latar
belakang sekalipun, 2 perkara yang akan terlintas di belakang minda mereka
adalah ‘jihad’ dan ‘keganasan’.
Ya...
Itulah keadaan kedudukan islam di mata majoriti manusia yang melata di atas
muka bumi ketika ini. Tak hairanlah keadaan sebegini berlaku memandangkan
pengaruh media massa sejujurnya adalah tidak memihak kepada insan yang
memperjuangkan kemuliaan islam.
Tapi
bagi insan yang punya kesedaran akan hakikat islam, kita sedar bahawa muslim
tidak menyalahkan keadaan tapi kita memilih langkah terbaik bagi menghadapi
suatu kejadian tak kiralah apapun ia sekalipun.
Jadi
dengan mukaddimah diatas, saya kali ni nak ajak kita buka mata diri sendiri dan
sebarkan kepada mereka yang masih belum tahu akan...
PENSYARIATAN PERANG DI DALAM
ISLAM
Asas
yang menjadi sebab kepada suatu peperangan didalam islam antaranya ialah untuk
mempertahankan agama dan maruah umat islam dari penindasan dan kezaliman.
Penyebaran
islam bukanlah dengan mata pedang semata-mata tapi islam kini kekal kukuh
kerana islam ialah ajaran yang menitik beratkan akhlak terpuji dan luhur. Jika
islam hanyalah agama yang diterima kerana mata pedang(senjata) sudah pasti islam
kini sudah musnah kerana telah berpuluh tahun kita tidak lagi menjadi satu
ummah yang punya kekuatan senjata utama seperti senjata nuklear.
Peperangan
pertama yang dihadapi oleh umat Muhammad saw adalah perang Badar. Allah SWT
mesyariatkannya adalah semata-mata untuk mempertahankan kesucian agama islam
dari dinodai. Umat islam ketika itu yang menerima perintah ini merasa sangat bersyukur
kerana mereka akhirnya dibenarkan untuk bangkit dari penindasan dan kezaliman yang
telah dilakukan pada mereka setelah sekian lama.
Firman
Allah SWT dalam Al-Hajj ayat 39-41:
“
Diizinkan berperang kepada orang(islam) yang diperangi, kerana mereka telah
dianiaya, dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka(untuk
mencapai kemenangan).
Iaitu
mereka yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar,(mereka
dipulaukan) semata-mata kerana mereka berkata; Tuhan kami ialah Allah. Dan
kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia itu yang menentang
pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuh seluruh tempat sembahan,
gereja-gereja(kaum nasrani), tempat sembahyang(kaum yahudi) dan juga
masjid-masjid(orang islam) yang sentiasa disebut nama Allah sebanyak-banyak
kepada-Nya. Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya(islam).
Sesungguhnya Allah maha Kuat lagi maha Berkuasa.
Iaitu
mereka(umat islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah nescaya
mereka akan mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran. Dan(ingatlah) Allah
jua-lah kesudahan segala urusan. “
Indahnya
kefahaman dan pensyariatan islam difirmankan lagi dalam surah As-Syura ayat 40:
“ Dan (jika kamu berbalas) maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang sama dengannya. Maka sesiapa yang memaafkan dan berdamai maka pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Dia tidak mengasihi orang yang zalim. “
“ Dan (jika kamu berbalas) maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang sama dengannya. Maka sesiapa yang memaafkan dan berdamai maka pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Dia tidak mengasihi orang yang zalim. “
Belajar
dan hayatilah sejarah permulaan islam melalui nabi SAW dan kita akan sedar,
peperangan yang dilakukan hanyalah satu bentuk keadilan bagi menundukkan kezaliman
dan penindasan.
Moga bermanfaat in shaa Allah ^^
No comments:
Post a Comment