Bismillah. In shaa Allah kali ni nak sentuh serba sedikit tentang perkiraan hisab falak moden. Ini adalah ringkasan dari ensiklopedia Ramadhan. Moga bermanfaat.
Penetapan
sesuatu tarikh seperti bila bermulanya bulan Ramadhan adalah sesuatu yang
sangat penting bagi memastikan keseragaman dan kesatuan dalam ummah ini.
Meskipun perkara ini kelihatan kecil namun jika dalam skala yang besar,
ketidakseragaman yang timbul secara tidak langsung mampu menimbulkan
perpecahan.
Atas
dasar ini, kebanyakan ulamak era kini lebih bersedia untuk menggunakan
perkiraan hisab bagi menetapkan suatu tarikh dan tidak hanya bergantung pada
‘melihat’ anak bulan sahaja.
Menurut
Imam Taqiyuddin as-Subki dalam fatwanya:
“
Ilmu hisab menafikan kemungkinan dilihat anak bulan itu dengan
pancaindera(mata). Dalam masalah ini, seorang qadi boleh menolak saksi yang
telah menyaksikan anak bulan kerana penyaksian adalah bersifat zanni. Ini
kerana penggunaan ilmu hisab adalah bersifat yakin(pasti) manakala penyaksian
dari seseorang adalah bersifat sangkaan. Kemungkinan juga penyaksian itu
berlaku penipuan. Maka, mestilah perkara yang diyakini(qat’ie) itu didahulukan
dan diambil kira untuk menentukan anak bulan Ramadha dan lain-lain ialah dengan
perkiraan falak. “
(
Fatawa as-Subki 1/219-220 )
Memetik
kata-kata Syeikh Muhaddith Ahmad Syakir, beliau menyebut bahawa :
“
Perkiraan dengan melihat anak bulan itu untuk golongan ummi (iaitu) golongan
yang tidak tahu membaca dan menghitung. Apabila keadaan umat islam telah banyak
berubah, yang mana mereka telah tahu membaca dan menulis dan mereka tidak lagi
bergantung kepada golongan bukan islam, maka hendaklah digunakan perkiraan
hisab bukan dengan melihat anak bulan. Ini kerana ia merupakan jalan yang
terbaik dan lebih utama dan lebih dekat untuk penyatuan umat islam. “
Hal
ini berdasarkan hadis nabi saw:
“
sesungguhnya kami adalah kaum yang ummi( tidak tahu membaca dan menulis ), kami
tidak tahu menulis dan menghitung akan sesuatu bulan itu dan ini iaitu sama ada
29 hari atau 30 hari. “
(
riwayat Bukhari dan Muslim )
Pandangan ini telah diterima oleh syeikh Yusuf
Al-Qaradawi, Syeikh Ahmad Syakir dan Syeikh Rashid Redha. Bagi Malaysia kita
menetapkan suatu tarikh menggunakan kedua-dua kaedah ini.
No comments:
Post a Comment