Permulaan bulan mulia ini berdasarkan sistem taqwim Hijrah yang berpandukan pada perjalanan bulan. Terdapat 2 cara bagi menentukan masuk atau tak bulan ramadhan :
1.
Dengan melihat kepada anak bulan.
Firman
Allah :
“
maka barang siapa di antara kamu yang telah melihat anak bulan maka hendaklah
dia berpuasa. “
(Al-Baqarah
ayat 185)
Anak
bulan ramadhan dilihat pada malam yang ke 30 syaban dan ia dilakukan oleh
1/2/sekumpulan saksi yang adil. Syarat bagi menjadi seorang saksi:
-lelaki
-adil
-merdeka
-Ar-Rusyd(pandai
menguruskan harta)
-menjaga
maruah
-melihat
anak bulan dalam keadaan jaga
-tidak
bisu
-tidak
pekak
-tidak
buta
-tidak
melakukan dosa besar
-tidak
berterusan melakukan dosa kecil
Namun
jangan disalah erti sehingga kita pergi mengintip mencari kesalahan seorang
saksi. Kata imam Syafie memadailah kita tahu saksi ialah seorang yang
berpewatakan baik.
Hukum
melihat anak bulan adalah fardhu kifayah.
2.
Dengan mencukupkan bulan syaban 30 hari apabila susah melihat anak bulan kerana
terlindung oleh awam atau kerana langit mendung. Kaedah ini menggunakan perkiraan Hisab Falak. ( akan diterangkan di next topik ^_^ )
Sabda
nabi saw:
“
Hendaklah kamu berpuasa kerana melihat anak bulan dan berbuka kerana
melihatnya(anak bulan), maka apabila terhalang(melihatnya) dengan sebab
mendung, maka hendaklah dicukupkan sya’aban 30 hari. “
(
riwayat Bukhari dan Muslim )
No comments:
Post a Comment