Sebelum melangkah lebih jauh terlebih dahulu nak tanya ni, agak-agak faham tak apa itu ‘muslim’? Selalu sangat bagi mereka yang beragama Islam sebut saya muslim, tapi apakah erti ‘muslim’ >_<
Muslim secara ringkasnya adalah golongan yang menjadikan ‘islam’ sebagai cara hidup mereka. So, sekarang nak tanya sekali lagi, apakah itu ‘islam’?
Islam bermaksud menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan yang Satu dan mematuhi ketetapan-Nya. Disebabkan itu bukan manusia sahaja punya hak untuk mengatakan mereka muslim tapi begitu juga pokok,gunung,burung dan bintang.
Jadi ‘non-muslim’ ialah golongan yang mana hidupnya tidak meletakkan Tuhan yang Satu sebagai panduan yang membimbingnya mengharungi arus kehidupan. Faham?
Let’s turn back to the topic now :) Jadi apa pandangan muslim dan non-muslim tentang tempat yang sedang kita pijak sekarang ?
Allah berfirman:
“ Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir(non-muslim), dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman(muslim). Padahal orang-orang yang bertaqwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. “
Menarik tak kalau kita tengok, mula-mula Allah meletakkan ‘beriman’ lepas tu Allah meletakkan ‘bertaqwa’. Orang yang beriman belum tentu bertaqwa tapi orang bertaqwa sudah pasti beriman. Orang beriman mereka percaya pada Allah tapi orang bertaqwa mereka takut pada Allah.
Apabila lahir rasa takut di dalam hati, inilah yang akan memberi kesedaran yang menjadi benteng untuk menghalang mereka mengerjakan kejahatan. Orang beriman tapi tidak bertaqwa belum tentu mampu menghalang dirinya dari melakukan kejahatan.
Allah mengkhabarkan kepada kita bahawa orang kafir, mereka sangat gemar dengan dunia kerana mereka menganggap di sinilah tempat segala kenikmatan itu berada. Mereka akan sering memperlekehkan orang beriman yang menginfakkan harta demi sesuatu yang mereka anggap tidak wujud.
‘Percaya’ dan ‘Yakin’ inilah yang membezakan kita di sisi Pencipta dengan golongan non-muslim. So, jangan sesekali kita rendahkan darjat kita dengan menjadikan dunia ini semata-mata sebagai asbab pada suatu perjuangan.
OKAY, TQ SO MUCH !! Sebarang teguran amat-amatlah dialukan :)
No comments:
Post a Comment