Al-Quran. Siapa yang tak kenal dengannya kan. Sejak lebih
1400 tahun lepas terdapat pelbagai keajaiban yang meletakkan kitab suci ini di
puncak kejayaan sesebuah tamadun.
Namun sayang ,sejak masuknya tamadun manusia
di era ‘moden’ ramai yang telah meletakkan Al-Quran sebagai sebagai sebuah kitab
penghias rak sahaja.
Pernah tak kita terfikir dan kita cuba memahami erti ‘pembebasan’
yang dibawa oleh kitab suci ini? Bagaimana dalam masa kurang dari 30 tahun,
panduan melalui kitab ini berjaya menjadikan tanah arab dari sebuat tamadun
yang penuh dengan kejahilan kepada sebuah tamadun yang menggegarkan dunia?
Al-Quran, sebuah kitab yang gah di persada dunia satu
ketika dulu kini ‘sunyi’ dari ‘jiwa’ insan yang mengatakan “ Aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
nabi Muhammad itu pesuruh Allah” . Apa yang menyebabkan lahirnya generasi yang
begitu rugi ini? Tak lain dan tak bukan adalah kerana kurangnya kefahaman akan
kehebatan yang mampu dipupuk oleh jiwa yang mengaplikasikan ‘al-Quran’ dalam
hidupnya.
Jadi dah habis muqaddimah panjang lebar ^_^ sekarang
sebelum kita pergi lebih jauh dalam bab yang lain, kali ni nak share dengan
semua yang hadir tentang mukjizat al-Quran yang telah mengubah satu tamadun :)
STOP!!! Sebelum tu kita cuba kenal dulu apa pengertian
mukjizat, mukjizat adalah perkara ganjil yang mencarikkan adat kebiasaan dalam
sesuatu masyarakat. Ia tak dapat ditiru dan diukur dengan adat kebiasaan .
Allah telah menurunkan kitab ini di saat syair dan
sastera menjadi satu kebanggaan dalam penduduk Arab bagi memberi satu ‘kejutan’
yang mampu memukau pemikiran golongan yang mengatakan diri mereka mahir dalam
bidang penulisan kesusateraan.
Bukan setakat keindahan bahasa sahaja, Allah
telah menentukan nabi saw yang dikatakan sebagai ‘penulis’ Al-Quran sebagai
seorang ‘ammiy(tidak tahu membaca dan menulis) agar lebih memberi keyakinan
pada golongan yang mendengar bahawa ini bukanlah kata-kata tulisan manusia.
Indahnya apabila insan mampu memahami apa yang cuba
dibawakan oleh Al-Quran ialah lahirnya ‘kafahaman’ dan ‘keyakinan’ yang mampu
menjadi tunjang memberi mereka kekuatan dalam menegakkan apa yang hak. Al Walid
bin Al-Mughirah berkata:
“ Pada pendapat saya, orang itu adalah tukang sihir. Juga
kata-kata(al-Quran) yang dibawanya pun adalah sihir. Oleh itu katan-katanya
amat berbahaya kepada semua orang. Ini disebabkan dengan kata-kata itu mampu
memisahkan antara anak dengan ayahnya, antara saudara dengan saudaranya yang
lain, antara suami dengan isterinya dan seseorang dari kaumnya. Mana-mana orang
yang mendengar ucapannya pasti akan tertarik dengan segala kata-katanya. “
Namun dengan tegas Allah mengatakan di dalam Al-Quran:
“ Maka berilah peringatan (kepada mereka) bahawa engkau
bukan tukang tenung(sihir) dan bukan pula gila dengan nikmat Tuhanmu. Bahkan
ada yang menyatakan bahawa dia seorang penyair, kita tunggulah saat
kematiannya. “
(At-Thur ayat 29-30)
Keagungan dan keindahan bait-bait Al-Quran menjangkau
pemikiran manusia sehingga mereka tidak mampu meberi penjelasan rasional
melainkan mengatakan ia adalah sihir. Pernah terjadi dalam sejarah,
Abu Jahal lari apabila mendengar al-Quran dibacakan
sambil mengatakan bahawa al-Quran itu datang dari Allah dan bukannya ciptaan
nabi Muhammad saw tapi kerana keegoan yang menguasai hatinya dia tetap tidak
mahu berubah.
Bagi benar-benar memahami apa yang cuba disampaikan oleh
al-Quran seseorang haruslah mendalami bahasa arab. Dalam firman-Nya:
“ Diturunkan (Al-Quran) oleh Roh yang amanah( malaikat Jibril).
Di dalam hati engkau(wahai Muhammad) supaya engkau mendapat peringatan. Iaitu
dengan(menggunakan) bahasa arab yang terang. “
(As-Syua’ara ayat 193-195)
As for conclusion nya, kalau saya cuba nak terangkan dan
cerita tentang keajaiban Al-Quran memang panjang dan banyak sangat, tapi saya
di sini nak ajak semua yang membaca untuk kita pupuk perasaan ingin mempelajari
al-Quran.
DON’T JUST READ,
UNDERSTAND IT
Saya suka nak share pengalaman saya sendiri, pernah satu
ketika dulu saya rasa frust sangat, rasa mcm nak putus asa dah tapi kemudian
saya teringat ada dalam Quran “ hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang “
so saya pun cuba buat refleksi dan muhasabah diri dengan mempelajari apa yang
cuba disampaikan oleh Allah melalui mukjizat-Nya ini and at the climax apa yang
saya nampak ialah
“ Dunia ni terlalu kecil, masa di sini terlalu singkat.
Kita ada di sini bersebab dan bukannya untuk menghabiskan masa dengan sia-sia.
Jangan hanya kerana manusia, kita hancurkan hubungan kita dengan Allah. Dan
Allah sentiasa menunggu dan memberi kita peluang untuk kembali pada-Nya “
Sekian dulu :) Sebarang teguran membina amat dialukan :’)
No comments:
Post a Comment