zwani.com myspace graphic comments

Sunday, 5 April 2015

Hadis Qudsi: Ikhlas vs Riyak

Bismillah, in shaa Allah kali ni ana nak share 2 hadis Qudsi berkenaan ikhlas dan riyak :)



Ikhlas itu sesuatu yang lembut,sukar dicari dan mampu dijumpai di hati yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dalam setiap gerak kerja yang dilakukan.

Sesuatu amalan itu diterima oleh Allah atau tidak bergantung pada sejauh mana niat sebenar kita melakukan suatu perkara. Kalau kita buat kerana Allah sejujurnya in shaa Allah Dia akan menerimanya tapi jika kita buat sesuatu kerana mengharapkan hadiah dari makhluk maka ia hanya setakat disitu sahaja.

Amalan kalau dilakukan bukan kerana Allah malah punya unsur yang riyak di dalamnya maka ia mungkin menjadi asbab kepada insan dihumbankan ke dalam neraka Allah kerana amalan yang bersandarkan kepada riyak itu batil dan hanya mendatangkan dosa.

Ikhlas itu suatu yang sukar untuk diperolehi, untuk mengenal erti keikhlasan atau nafsu kita harus punya ilmu. So, belajar :)

In shaa Allah ini 2 hadis yg ana janjikan ^_^ Dipetik dari buku Hadis Qudsi karangan Muhammad Yusuf A Kadir :)

Hadis 1 :

Dari Sulaiman bin Yasar, beliau berkata,
" orang ramai berkerumun disisi Abu Hurairah, lalu Natil, salah seorang dalam kalangan penduduk Syam berkata kepadanya,
' Wahai tuan syeikh, ceritakanlah kepada kami suatu hadis yang kamu dengar daripada Rasulullah saw '
Beliau menjawab, ' Baiklah. saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda, ' Sesungguhnya manusia terawal yang akan diadili pada hari kiamat ialah - dalam riwayat al-Nasai': Adalah sebanyak 3 orang- iaitu seorang leaki yang mati syahid. Lalu dihadapkan,diperkenalkan dengan segala nikmat yang telah diberikan kepadanya dan dia mengenalnya.
Allah berfirman, ' Apakah yang engkau telah lakukan pada kesemua nikmat itu?'
Dia menjawab,' Aku telah berjuang dijalan-Mu sehingga aku mati syahid.'
Allah berfirman,' Engkau berdusta! Tetapi engkau berjuang supaya orang berkata,' Dia seorang yang berani,' dan ia memang telah berlaku.' Kemudian orang tersebut di perintahkan untuk diseret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka.
(Kedua,) seorang lelaki yang mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Dia dihadapkan,diperkenalkan segala nikmatnya dan dia mengenalnya.
Allah berfirman,' Apakah yang telah engkau lakukan pada kesemua nikmat itu?' Dia menjawab,' Aku telah mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran kerana-Mu.'
Allah berfirman,' Engkau berdusta! Tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang berkata,' Dia seorang yang alim,' dan engkau membaca al-Quran supaya orang berkata, ' Dia seorang pembaca al-Quran,' dan ia memang telah berlaku.' Kemudian, dia diperintahkan untuk diseret di atas mukanya sehingga dicampakkan ke dalam neraka.
(Ketiga,) seorang lelaki yang telah dilapangkan rezekinya oleh Allah dan Dia memberikan segala jenis harta yang pelbagai. Lalu dia dihadapkan, diperkenalkan segala nikmatnya dan dia mengenalnya.
Allah berfirman,' Apakah yang engkau lakukan pada kesemua nikmat itu?'
Dia menjawab,' Aku tidak meninggalkan sebarang jalan yang Engkau sukai agar dibelanjakan di dalamnya melainkan aku membelanjakan di jalan-jalan itu kerana-Mu.'
Allah berfirman, ' Engkau berdusta! Tetapi engkau melakukan sedemikian supaya orang berkata,' Dia seorang yang pemurah,' dan ia memang telah berlaku.'
Kemudian dia diperintahkan untuk diseret di atas mukanya sehingga dicampakan ke dalam neraka.'"

Hadis 2 :

Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata,
" Rasulullah saw bersabda, Allah SWT berfirman, 'Aku tidak memerlukan kepada sekutu untuk bersekutu. Sesiapa yang melakukan suatu amalan dalam keadaann menyekutukan-Ku bersama sekutu lain dalam amalan tersebut, maka Aku tinggalkannya bersama sekutunya itu."
Dalam riwayat Ibnu Majah: " Maka, Aku berlepas daripadanya, dan dia adalah milik siapa yang dia sekutukan."

Moga bermanfaat :) TQ SO MUCH !!!

1 comment:

  1. waalaikummusalam Qasim my brother, I can agree if its only Prophet Muhammad you said come into your dream but if Allah comes too then I must disagree since it is a well known fact that the only place we can see Allah is in jannah and not in this world.

    so i suggest you try to ask scholars near your place for more detailed explanation :) Thanks :D

    ReplyDelete