Dalam sebuah riwayat
menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai,
sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil
wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat
yang berbunyi,
~Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" ~
"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu
sekalian akan dirimu."
Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan
ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah
kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke
dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik
adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api
maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu
yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar.
Jadi tentulah saya
yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa." Berkata
orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut
kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami
nanti?"
No comments:
Post a Comment