zwani.com myspace graphic comments

Wednesday, 12 December 2012

Rinduku padamu ya Rasulullah saw

sudah lupakah kita pada tangisan Rasulullah...
Abu Bakar mengatakan pada suau malam dia dan beberapa org sahabat melalui kawasan rumah Baginda Rasulullah SAW lalu mereka terdengar suatu suara esakan tangisan datang dari rumah Baginda SAW. Mereka mendengar Rasulullah berdoa kpd Allah agar menyelamatkan dan mengampunkan umat nya.

syg sungguh Rasulullah pada kita...

Bukan itu saja, Aisyah meriwayatkat suatu hari bliau berada dgn Rasulullah dan Baginda pada masa itu berada dlm mood yg gembira lalu Aisyah meminta pada Rasulullah "Ya Rasullah buatlah doa untukku" lalu Rasululla SAW menadah tangannya dan berdoa, "Ya Allah ampunilah Aisyah, segala dosanya  sama ada yg tersembunyi ataupun yg nyata'' apabila Aisyah mendengar doa tersebut dia ketawa dan Rasulullah saw bertanya padanya adakah doa itu menggembirakan mu wahai Aisyah. Lalu Aisyah menjawab "mana mungkin tiada yg gembira apabila didoakan sedemikian rupa oleh mu Ya Rasulullah" kmudian Rasulullah mengatakan wahai Aisyah, sesungguhnya aku membuat doa yg sama untuk UMATKU dalam setiap doaku selepas aku selesai sembahyang...

sygnya Baginda pada kita...

cuba kita renungkan sewaktu peperangan Badar, umat islam hanyalah 300 org, bakal menentang kufar seramai 1000 org. Pada waktu itu, Rasullah menaiki sebuah bukit dan brdoa "Ya Allah apa yg akan terjadi pada umatku hari ini??? Ya Allah umatku telah datang dgn kaki tanpa memakai apa2, mereaka tidak mempunyai apa2 untuk ditunggang, Ya Allah umatku tidak mempunya pakaian, Ya Allah berilah pakaian pd mereka, ya Allah mereka lapar, mereka masih belum mempunyai makanan untuk dimakan, Ya Allah berilah mereka sesuatu untuk mereka makan, Ya Allah aku merayu padaMU, jika kumpulan muslim yg kecil ini dihancurkan pada hari ini, ya Allah Engkau tidak lagi akan disembah di muka bumi ini" Baginda SAW terus menerus berdoa sehingga tangan Baginda diangkat ke langit dan air mata mula membasahi janggut dan baju Baginda. Baginda berdoa dan menangis dgn kuatnya sehingga baju Baginda mula jatuh. Apabila Abu Bakar melihat keadaan Baginda ini beliau pergi pada Baginda dan berkata "cukuplaH Rasulullah, Allah pasti akan mengabulkan doa mu"..

bimbangnya baginda pada kita....

tp lihatlah pada diri kita pada ketika ini,, adakah apa yg kita lakukan pada hari ini, pada saat ini akan membuatkan Baginda tersenyum apabila melihatnya. Kita kata kita syg pada Rasulullah tp apa yg Baginda minta kita lakukan kita langgar tanpa berfikir dua kali pun. Jujurlah pada diri kita dan tanyalah pada hati . hehehe semua org pasti ada kelemahan yg kadangkala kita x mahu akui tp kadang2 itulah hidup, Allah bagi kita kekurangan itu sebagai ujian pada kita untuk meningkatkan darjat kita di akhirat.Baikilah dan perbaikkanlah diri kita dari masa ke semasa agar di Jannah kita semua dapat bersua ^_^

No comments:

Post a Comment