At-Tabrani menceritakan kepada kita ketika Rasulullah ﷺ sedang
berjalan-jalan bersama-sama para sahabat dan pada waktu itu matahari bersinar
dengan terik, mereka menutupi Baginda dengan pakaian. Ketika melihat bayangan
pakaian yang menutupi Baginda, Nabi Muhammad ﷺ menegaskan,
“Jangan
kamu melakukan sebegini.”
Lalu
Rasulullah ﷺ mengambil dan meletakkan pakaian itu. Baginda mengatakan,
“Sesungguhnya
aku adalah manusia seperti kamu.”
Imam
Al-Bukhari merekodkan sebuah hadith daripada Saidina Umar bin Al-Khattab ra
bahawa Rasulullah ﷺ menjelaskan,
“Jangan kamu
memuji dan memuja aku berlebih-lebihan seperti orang Nasrani melakukan hal
sebegitu kepada putera Maryam. Aku ini adalah hamba juga. Katakan kepada aku,
hamba Allah dan Rasul-Nya.”
Dalam
laporan lain menceritakan, pada suatu hari Rasulullah ﷺ melihat seorang lelaki
bercerita perihal kehebatan diri Baginda lalu, Rasulullah ﷺ pergi kepada lelaki
itu dan berkata kepadanya,
“Hinalah
diri kamu! Aku adalah seorang anak yang dilahirkan oleh seorang wanita yang
makan daging dari Makkah.”
Petikan: Buku Selembut Hati Rasulullah karya Miftahul Asror Malik
No comments:
Post a Comment