Hadis ini dilaporkan oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi. Dari
Ibnu Abbas meriwayatkan:
Pada suatu hari, Rasulullah ﷺ dan malaikat Jibril as sedang duduk di atas batu karang.
Rasulullah ﷺ berkata pada Jibril as,
“Wahai Jibril, demi Zat yang mengutus kamu dengan
kebenaran, keluarga Muhammad akan bermalam tanpa tepung dan gandum.”
Tidak lama selepas Rasulullah ﷺ menyatakan perkara itu, tiba-tiba guruh berdentum di
langit sehingga mengejutkan Baginda ﷺ.
Lalu Baginda ﷺ
berkata,
“Adakah Allah memerintahkan berlakunya hari kiamat?”
Malaikat Jibril as menjawab,
“Tidak, tetapi Allah memerintahkan malaikat Israfil supaya
turun ketika mendengar percakapan kamu sebentar tadi.”
Malaikat Israfil as datang pada nabi Muhammad ﷺ dan berkata,
“ Sesungguhnya Allah mendengar apa yang engkau katakan.
Dia mengutus aku supaya membawa kunci harta simpanan bumi. Dia juga
memerintahkan aku bagi memperlihatkan kepada engkau zamrud, yakut, emas dan
gunung perak. Makkah dapat berjalan bersama-sama kamu. Lalu, apakah engkau
ingin menjadi seorang nabi dan raja ataupun nabi dan hamba?”
Malaikat Jibril as memberi isyarat kepada nabi Muhammad ﷺ supaya merendah diri.
Baginda ﷺ menjawab,
“Aku memilih bagi menjadi seorang nabi dan hamba.”
Rasulullah ﷺ
memberitahu,
“Sekiranya aku katakan kepadanya, aku ingin menjadi nabi
dan raja, gunung-ganang itu pasti menjadi emas untuk aku.”
No comments:
Post a Comment