Imam Abu
Daud melaporkan dari Jabir,
Seorang
wanita Yahudi iaitu penduduk Khaibar meletakkan racun pada daging kambing.
Lalu, dia memberikan daging beracun itu kepada Rasulullah ﷺ. Baginda ﷺ kemudian
mengambil kaki kambing lalu memakannya. Sebahagian dari sahabat juga makan
bersama Rasulullah ﷺ. Ketika mengetahui daging itu beracun, Baginda ﷺ berkata
pada sahabat-sahabatnya,
“Jatuhkan
tangan kamu semua daripada daging itu.”
Kemudian,
Baginda ﷺ mengirimkan utusan bagi
mengundang wanita itu. Selepas wanita itu datang, Rasulullah ﷺ bertanya
kepadanya,
“Apakah
kamu meletakkan racun pada daging ini?”
“Siapakah
yang memberitahu kamu?” Balas wanita itu.
“Daging di
tangan aku ini yang memberitahu aku.” Rasulullah ﷺ menjawab.
“Benar.”
Kata wanita itu.”
“Mengapa
kamu melakukan sebegitu?” tanya Rasulullah ﷺ.
“Sekiranya
kamu seorang nabi, hal ini tidak akan membahayakan kamu. Namun, sekiranya kamu
bukan seorang nabi, kami selamat daripada kamu.” Jawab wanita yahudi itu tanpa
rasa bersalah.
Rasulullah ﷺ
mengampuni wanita itu dan tidak memberi hukuman padanya sedangkan sebahagian
daripada sahabat yang makan daging itu meninggal dunia. Baginda ﷺ juga berbekam
di bahagian belakang badan bagi mengeluarkan racun daging kambing yang dimakan.
Dalam satu
riwayat lain dikatakan urat al-abhar iaitu urat yang tergantung pada jantung
Baginda ﷺ putus kerana racun itu.
No comments:
Post a Comment