zwani.com myspace graphic comments

Saturday 27 October 2012

SPM !!!!!




Semoga kita plajar2 spm 2012 akn mendpt kejayaan straight A PLUS !!!
study hard study smart
AND
yg PALING penting STUDY FOR ALLAH  <3

 ================== GUDLUCK===================

RoLe Model yang SeBenaR



Anak2 muda zaman sekarang lebih gemar mengambil artis2 spt super junior, snoop dog dan arjun rampal sbg role model mereka..

hal sbegini secara tidak lansung sebenarnya akn mempengaruhi minda anak2 muda untuk mencotohi  atau menjd kan diri mereka sebijik mcm role model mereka.. dan ini sebenarnya adalah salah satu punca berlakunya keruntuhan akhlak dalam diri remaja zaman sekarang,.

mereka telah meninggalkan role model terbaik sepanjang zaman iaitu nabi muhammad SAW dan para sahabat serta golongan org2 soleh dan mengambil mereka yg tidak mempunyai halatuju yg jelas iaitu mereka yg mengejar dunia.

wahai anak muda jgnlah ditipu dgn BMW yg mewah
wahai anak muda jgnlah ditipu dgn WANG yg byk
wahai  anak muda jgnlah ditipu dgn RUMAH yg besar.

                                KENAPA???

kerana semua kenikmatan itu hanyalah tipu daya sbb ia semuanya akan musnah..
latihlah dirimu untuk mencari akhirat..

BAGAIMANA PLAK NAK CARI AKHIRAT ??

carilah ia didalam diri org2 yg bertaqwa spt Abu Bakar, Umar Al-khattab dan khalid al walid..jgnlah kenali mereka hanya pada nama tp selamilah perjuangan mereka dlm menegakkan islam tercinta.

lihatlah Abu Bakar,, meskipun menjd pemimpin umat islam tp beliau dgn rendah dirinya akn berjalan tiap2 pagi ke rumah seorg wanita tua untuk mencuci rumahnya,menyediakan makanan untuknya dan mencukupkan keperluannya..

                           UntuK APA dia lakukan semua ini??

adakah untuk pangkat?? DIA ADALAH AMIRUL MUKMININ
untuk harta  ?? DIA SEMEMANGNYA SAUDAGAR YG KAYA.

dia lakukannya kerana dia mahukan cinta Allah megatasi segala galanya.. dan manusia spt inilah yg layak untuk dijadikan role model

lihat pula kpd pengorbanan Saad Abu Waqas..

" wahai ibuku, seandainya engkau memiliki seribu nyawa dan nyawamu hilang satu demi satu.. Aku tetap tidak akn meninggalkan agamaku"

inilah kata2 beliau selepas ibunya jatuh sakit kerana melakukan mogok lapar demi memaksa saad untuk meninggalkan Islam.

sama2 kita renungi diri masing2,, adakah kita telah memilih org yg sebenar2 nya layak untuk dijadikan role model???

Friday 26 October 2012

KeHidupan di SekOlah Ku

                                                                         Bangun !!!


itulah seruan yg sentiasa ku dengari setiap pagi sebelum masuknya waktu subuh,,
sudah hmpir 2 tahun  kehidupan ku disana..
suka duka bersama adik2 dan rakan2 byk mengajar aku erti kehidupan tanpa keluarga disisi..

tahun pertama selaku form 4 baru mmg agak mencabar kerana kami perlu menyusuaikan dri dgn persekitaran baru.
ramai rakan2 ku yg mengalah dan terus meninggalkan sekolah sbb homesick,,
masa mula2 kat skolah tu adalah prasaan rindukan rumah tp bila aku kenangkan nasib keluargaku dan tujuan aku mencari ilmu perasaan tu lenyap trus..

geng dorm aku masa tu mmg nakal,, kami slalu bergaduh tp sebentar jer lps tu trus berbaik balik..
masa pertengahan tahun tu mmg slalu lah tido lwat sbb hbskan masa dgn laptop tgk citer..
tp, sekitar bulan 8 laptop kena rampas dgn sensei sbb ditangkap ponteng prep (sy xterlibat deh)

kenangan memasuki pertandingan kreatif sains dan matematik adalah kenangan terindahku masa form 4.. bergaduh dgn ain,, menjerit pada lina dan berpakat dgn haziq mmg menyerikan hidup aku,, haha

FORM 5.....

Alhamdulilah naik form 5 ni aku telah diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sbg pengawas dan badan pelajar islam.. First time masuk dorm prefect mmg best sbb dorm nyer luas dan aku dpt katil bwh kipas.. dormnya kat tingkat 3 so jarang sgtlah selipar kena kebas sbb disekeliling nyer dorm adik2 form 1 n2..

Perkara yg paling sedih adalah bila aku tgk sahsiah plajar2 skolah faris smkin jatuh meskipun reputasi skolah kami makin menaik..

satu hari aku ditanya oleh seorg sahabat,, "kema mu xnk ke cuba buat sesuatu untuk ubah sikit plajar2 skolah kita ni,, lg pom mu kan BPI ??"

Itulah kata2 yg jd catalyst kpd aku untuk memberanikan diri buat sesuatu,, langkah pertama aku buat adalah cuba beri taskirah kat dpn masa kat masjid antara waktu maghrib dan isyak.. mula2 tu mmg sgt kekoklah sbb aq ni agak pemalu tp alhamdulilah alah bisa tegal biasa..

lps tu aq jd conducter masa usrah dgn rakan2 bpi yg lain..alhamdulilah adalah bibit prubahan yg blh dilihat dlm diri adik2 form 1n 2,, memang aq akui ramai juga plajar2 lain yg menyindir aku,, haha tp itulah lumrah dalam kehidupan berdakwah..

tp apabila ada satu event yg berlaku kat skolah sekitar bln 7,, semangat aku nk cuba berdakwah trus luntur dan padam.. aku malah ambik keputusan untuk trus tinggalkannya..

TP,, nasib baiklah ada seorg sahabat ni yg sedarkan aku balik,,, aku igt lagi kata2 dia "ikmal mu rasa mu dah jalankan ke tanggungajawab mu?? mu rasa mu dah mampu ke jwb dgn Allah bila DIA tanya sama ada mu dh jalankan tanggungjawab mu atau x??

aku igt lagi mlm tu aku menangis,, menyesal sbb sikap aq yg pentingkan diri..

Alhamdulilah slps tu aku mulakan blik usaha aku,, meskipun masa dh singkat tp aku yakin its never too late sbb nabi ada kata : kalau esk  kiamat dan kau ada biji benih tanamlah biji benih tu hr ni.. its never too late until the end is coming..

smoga usahaku ni dpt membawa prubahan pada plajar2 especially adik2 form 1 and 2...

"kita xdpt beri hidayah pada org sbb tu urusan Allah.. kita cuma mampu tunjukkan saja jalan pada mereka"

Kelebihan YG selalu Dipinggirkan..




Selalu sahaja kita dianjurkan untuk beristighfar jika melakukan sesuatu kesalahan. Cukuplah sekadar lafaz Astaghfirullah, dan kemudian kita melalui kehidupan seperti biasa. Itulah hakikatnya makna yang tersirat istighfar bagi orang-orang yang lalai. Hanya sekadar lafaz tanpa mendalami makna Istighfar tersebut. Ma maqna Istighfar? Yakni memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.


Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”


Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:


“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?


“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)


Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. Sedangkan Nabi juga sentiasa beristighfar seperti dalam hadis ini :


Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.”(Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)


Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.


Terdapat dua jenis musibah, yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita, atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayang kita, dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan. Kerana kita akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti mana firman Allah :


Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)


Tetapi bagi Musibah azab, inilah yang paling dahsyat, jika kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab, seperti mana firmanNya:


“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).


Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.


“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).


“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136).


“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)


Demikian telah jelas dan nyata, bahawa dengan bertaubat, insyaAllah akan dikurniakan rahmat dariNya. Kita lihat kembali hadis sebelum ini :


“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”.(Riwayat Al-Imam Abi Daud).


InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.


Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.


Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.


Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.


Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.


Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.


Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”


Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”




Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.