zwani.com myspace graphic comments

Monday 23 March 2015

Sunnah dalam Bersyukur

Bismillah :)
Assalamualaikum ^^ Selalu sangatkan kita dengar tentang 'Syukur' namun apa cara nabi saw bersyukur ? 

In shaa Allah, kali ni nak kongsi tentang beberapa cara insan paling mulia iaitu Baginda saw bersyukur :)




1. Antara Moto hidup Baginda saw adalah “ Tidakkah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?. “

Baginda saw menjadikan prinsip ini sebagai suatu kekuatan meyakini bahawa meskipun kita nampak Baginda saw hidup dalam serba kekurangan tapi sebenarnya itu sudah pun mencukupi buat Nabi saw.

2. Nabi saw sentiasa menghargai nikmat walau sekecil manapun ia. Setiap nafas yg mampu kita hirup, meskipun kecil di mata kita tapi cuba bayangkan kalau kita tidak mampu bernafas? 

BERSYUKURLAH

3. Nabi saw akan mengutip cebisan makanan dan memakannya agar tidak membazir. Dalam masyarakat kini, kita selalu melihat  banyak sisa makanan yg ditinggalkan di dalam pinggan selepas makan dan ini bukanlah amalan nabi saw.

4. Jari-jemarinya akan dijilat selepas makan agar tidak membazirkan cebisan-cebisan kecil yang melekat.

5. Baginda saw inginkan kita hidup dalam memikirkan tentang nikmat dan bersyukur dengannya. Nabi saw bersabda :

“ sesiapa yang tidak mensyukuri sedikit, takkan mensyukuri banyak. “

6. Nabi saw menganjurkan umatnya agar hidup bersama nikmat. Nabi saw bersabda :

“ Sesungguhnya Allah SWT suka melihat kesan nikmat pada hamba-Nya. “

Pamerkanlah nikmat Allah sekadarnya dan jangan terlalu berlebihan. Kalau kita mampu membeli sehelai baju yang elok, beli dan pakailah ia.

7. Peringkat pertama dalam bersyukur adalah kita sedar akan nikmat itu dari Allah dan peringkat paling tinggi adalah kita menggunakan nikmat yang dikurniakan pada perkara yang diredhai Allah SWT.

8. Sentiasa menggunakanlah nikmat untuk membantu mereka yang memerlukan.

9. Setiap kali Baginda saw menerima berita yang menggembirakan hatinya, nabi saw akan sujud kepada Allah SWT( sujud syukur ).

10. Bersyukur didalam hati yakni merasa cukup dengan apa yg Allah beri setelah segala usaha yang kita lakukan untuk mencari suatu nikmat.

11. Nasihat  Rasulullah s.a.w: dengan melihat orang yang berada di bawah akan dapat melahirkan rasa syukur dalam diri. Namun, dalam urusan amal dan  kebaikan, lihatlah orang yang berada di atas, kerana kemuliaan seseorang itu tidak diukur dari dunia yang dimiliki, tetapi dari amal kebaikan yang dilakukan. 

Di dalam syurga disediakan sebuah rumah yang dipanggil Bait Al-Hamd yang disediakan bagi mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT.


Syukurilah nikmat yang Allah kurniakan nescaya Allah akan menambahkan nikmat tersebut.

Mesyukuri nikmat Allah itu secara umumnya mampu dikategorikan pada 2 bahagian. Pertama dari segi rohani dan kedua dari segi jasmani. 

Bila kita benar-benar bersyukur didalam hati, walau apapun kekurangan yg datang kita yakin bahawa Allah itu Adil dan Dia akan mengcukupkan keperluan kita setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap rezeki.

Dari segi jasmani pula ialah kita menggunakan nikmat yg Allah kurniakan kejalan  yang Allah suka seperti mengucapkan kata-kata yang baik.

 “Wahai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kalian dari langit dan bumi? Tidak ada yang berhak disembah selain dia, maka mengapa kalian berpaling?” (Fathir: 3)

Rasulullah s.a.w  pernah bertanya kepada seorang lelaki :

“Bagaimana keadaanmu pagi ini?”

“Baik,” jawab lelaki itu.

Rasulullah s.a.w mengulangi kembali  pertanyaannya. Dan lelaki itu masih dengan jawapannya yang sama.

Walau bagaimanapun, Rasulullah  masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki itu dan  baginda terpaksa mengulangi pertanyaan yang sama..... 

lalu lelaki tersebut menjawab, 

“Keadaanku baik dan aku  memuji syukur kepada Allah SWT,”

Barulah Rasulullah s.a.w berkata, “Jawapan itulah yang aku inginkan darimu.”

Okay, ni hanyalah beberapa aspek ringkas sahaja yg mampu dipetik dalam konteks syukur :) Moga bermanfaat dan sama-sama mampu muhasabah balik hati ni ^^


No comments:

Post a Comment