zwani.com myspace graphic comments

Saturday 28 February 2015

Sunnah ketika bersama kanak-kanak

Bismillah...
Assalamualaikum and thanks sangat2 bagi yang sudi meluangkan masa untuk menjenguk dan menambahkan ilmu :)

In shaa Allah kali ni nak kongsi tentang sunnah atau amalan yang dilakukan olen Baginda saw ketika bersama kanak-kanak. Ada banyak sangat sebenarnya, ini secara umum dan ringkas sahaja.

Moga bermanfaat ^_^



1. Baginda saw suka menghidu, mencium dan memeluk kanak-kanak. Perbuatan ini adalah rahmat dan menunjukkan kasih sayang.

2. Baginda saw suka mendukung kanak-kanak. Hasan dan Husin kerap dilihat berada di atas belakang nabi saw.

3. Nabi saw suka bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak.

4. Pernah suatu hari Umamah binti Zainab yang masih kanak-kanak datang memanjat ke atas belakang nabi saw ketika Baginda saw sedang sujud. Nabi saw tidak berubah dari posisinya itu sehinggalah Umamah selesai bermain.

5. Nabi saw mendidik kanak-kanak dengan nilai murni kerana ketika ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk mendidik mereka.

6. Jaga kanak-kanak dari memakan sesuatu yang tidak halal.

7. Bercakap benar pada kanak-kanak meskipun kita hanya hendak bergurau kerana jika kita menipu, kita akan dianggap sebagai seorang penipu di sisi Allah meskipun kita hanya bermain dengan kanak-kanak.

8. Layanlah anak-anak dengan lembut dan jangan menengking mereka. Nabi saw telah menggarisan panduan agar kanak-kanak disuruh menunaikan solat di usia 7 tahun dan andai kata dia enggan di usia 10 tahun maka pukullah dengan pukulah yang ringan seperti memukul dengan perlahan menggunakan batang siwak. Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguran dan bukannya kesakitan.

9. Sentiasalah berdoa dengan memohon kebaikan buat kanak-kanak.


10. Baginda saw suka menggembirakan dan memanjakan kanak-kanak bagi menghidupkan keceriaan dalam hati mereka.

Jadi in shaa Allah kita sama-sama cuba amal :) Share dan kongsikan. Sebarang teguran amatlah dialukan.

No comments:

Post a Comment