zwani.com myspace graphic comments

Tuesday 10 February 2015

Sunnah dalam Penglihatan

Bismillahirahmanirahim.



Assalamualaikum guys, so kali ni nak share serba sikit tentang sunnah yang berkaitan dengan penglihatan. Kita guna mata untuk melihat ni almost selalu kan dalam kehidupan seharian, bayangkan kalau kita amalkan sunnah dalam penglihatan !!

PAHALA TERUS-TERUSAN MENGALIR PERGHHHH !!

Nak amalkan sunnah ni mudah je, in shaa Allah ni ada beberapa step mudah dan jgn lupa paling penting bila kita buat ni, 

NIAT DALAM HATI AKU BUAT NI NAK IKUT 
NABI MUHAMMAD SAW

So antara sunnah Baginda saw ialah :

1. Nabi saw suka memandang kepada kehijauan dan air yang mengalir. Secara ringkasnya nabi saw suka memandang pada kecantikan dan pemandangan-pemandangan yang baik  kerana ia dapat memberi ketenangan pada hati.

2. Nabi saw memandang orang lain dengan pandangan rahmat yakni pandangan yang memberi ketenangan pada orang yang dilihat.

3. Nabi saw apabila memandang seseorang, Baginda saw hanya memandang seketika dengan pandangan yang lembut dan tidak menajamkan pandangannya.

4. Selalunya Baginda saw menghalakan pandangannya ke bumi berbanding langit kerana Baginda saw sangat tawadhu’ dan beradab dengan Allah SWT.

5. Apabila Nabi saw melihat perkara dunia yang menakjubkan seperti kenderaan atau Bangunan, Baginda saw akan berkata “ Tiada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan akhirat. “

6. Jangan mengintai sesuatu yang tidak berfaedah.


7. Nabi saw menjaga matanya dengan  bercelak menggunakan ithmid. Baginda saw bercelak mata kanan terlebih dahulu sebelum mata kiri. 3 kali mata kanan kemudian 3 kali mata kiri.

8. Dalam suatu hadis nabi saw berpesan kepada kita agar menjaga mata dari melihat perkara-perkara yang mungkar seperti aurat wanita dan nabi saw kata sesiapa yang mampu melakukannya, Allah SWT akan mengurnikan kemanisan dalam ibadahnya.

My friend pernah cuba tau masa dia pi shopping complex dan dia kata sewaktu dia solat lepas tu, dia rasa sangat tenang dan best ^^

So in shaa Allah, kita cuba slow2 amalkan sunnah ye. Kalau kita umat nabi saw tak amalkan sunnah, siapa lagi kan ???? :)))

1 comment: