zwani.com myspace graphic comments

Saturday 14 February 2015

Sunnah dan Adab di Pasar( Shopping Complex dan etc. )

Assalamualaikum..

In shaa Allah kali ni nak share sunnah2 yang sangat sesuai terutamanya buat kaum hawa yang gemar ke Pasar, shopping complex dan tempat2 yang sama waktu dengannya. Hopefully, dapat try slow2 amalkan ye :)



A little knowledge:
Rasulullah saw adalah insan pertama didalam islam yang mengasaskan pasar.

1.Sabda nabi saw apabila hendak memasuki pasar bacalah :



Kebaikan bacaan ini : sejuta kebaikan akan ditulis dan sejuta keburukan akan dipadam. Allah akan menaikkan sejuta darjatnya lebih tinggi dan Allah akan sediakan sebuah rumah untuknya di syurga.

Ganjarannya sangat besar kerana pertama Allah itu maha pemurah dan selalunya orang yang berada di pasar akan leka dari mengingati Allah maka bayangkanlah ganjaran orang yang mengingati Allah sewaktu dia berada dalam kalangan orang yang melupakan-Nya.

2. Nabi saw selalu bersikap mesra dengan penjual dan selalu menasihati mereka. Nabi saw telah mengkhabarkan bahawa peniaga yang jujur akan bersama para syuhada’ di hari kiamat kelak dan bagi mereka yang tidak, mereka itu bukan dalam golongan kita.

3.Sunnah : Apabila kita membeli sesuatu barang, kita yang menjadi pemilik pada barang itu lebih berhak untuk membawanya.

4. Nabi saw tidak suka suasana yang riuh rendah di pasar dan Baginda saw selalu bersifat tenang apabila berada disana.

5. Nabi saw bersabda( khusus untuk penjual ) :

” Bersumpah baik untuk barang tapi menghilangkan keberkatannya. “

Ini adalah untuk perkara yang benar kalau perkara itu bohong maka dia itu telah derhaka kepada Allah. And jangan lupa, ada dalam satu hadis mengatakan, siapa yang bersumpah dengan nama Allah tapi berbohong maka di akhirat kelak Allah SWT takkan bercakap dengannya. Kalau darurat citer lain plak ye.

6. Banyakkan menundukkan pandangan dari memandang wanita apabila berada di pasar dan ini adalah sunnah yang dianjurkan nabi saw. Siapa yang mengamalkannya akan dikurniakan kemanisan dalam beribadah.

No comments:

Post a Comment