zwani.com myspace graphic comments

Wednesday 4 February 2015

Sunnah ketika MAKAN

Bismillahirahmanirahim :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi luangkan masa nak kutip secebis ilmu yang dapat menggadakan pahala in shaa Allah :D

Mudah-mudahan dengan sedikit usaha yang kita mampu amalkan ini dapat menjadi asbab kepada Allah SWT memasukkan kita ke dalam syurga-Nya.. Jadi, kali ni nak share sikit tentang apakah antara sunnah antara apa yang nabi SAW lakukan dan anjurkan sewaktu makan.

Semua orang setiap hari makan, rugikan kalau kita biar je ia berlalu tanpa menjadikannya sebagai 'PORT' untuk mengutip pahala :D

So, ini antara adab dan sunnah yang nabi SAW anjurkan...... ohhh, ni dipetik dari rancangan Fattabiouni ye :)



1. Makanlah dengan senang hati yakni bergembiralah apabila diberikan rezeki makanan tapi pastikan ia bukan makanan yang haram dan jangan membazir.

2. Nabi saw selalunya akan membasuh tangan terlebih dahulu sebelum makan.





3. Kemudian, sunat kita duduk betul-betul dihadapan makanan dan nabi saw duduk dengan kedudukan iftirasy.



4. Sunnah :
·         Membaca bismillah sebelum makan.
·         Makan menggunakan tangan kanan.
·         Makanlah apa yang berdekatan dahulu.
·         Makan dengan suapan yang kecil.

5. nabi saw tak makan makanan yang terlalu panas kerana tiada keberkatan pada makanan seperti itu.

6. Nabi saw bersabda : “ kalau serpihan makanan jatuh, kutip, bersihkan dan makanlah. Jangan tinggalkannya untuk syaitan.“

7. Masaklah makanan yang diperlukan sahaja dan jangan terlalu berlebihan.

8. Baginda saw akan melicinkan pinggan maknanya Baginda saw takkan meninggalkan sisa baki makanan didalam pinggan tetapi memakannya sehingga habis.

9. Baginda saw akan menjilat jari-jarinya selepas makan dan bersabda : “ kamu tak tahu di cebisan mana terletaknya keberkatan. “



10. Apabila ada lebihan makanan yang tak mampu dihabiskan, jangan dibuang sebaliknya bungkuslah ia dan berikan pada mereka yang memerlukan. TAK PERLU MALU UNTUK MELAKUKANNYA.



11. Elakkan tidur selepas makan kerana ini akan menjadikan hatimu keras.

12. Baginda saw suka makan Thareed iaitu roti dan daging bercampur kuah.

13. Nabi saw akan memakan kurma bersama tembikai yakni kurma terlebih dahulu kemudian diikiuti dengan tembikai.

14. Kadangkala, Baginda saw akan makan Qithaa( sejenis timun bewarna cerah ) dengan kurma. Kurma dulu kemudian Qithaa.

15. Nabi saw suka makanan manis dan sejuk. Kalau di zaman kita contohnya seperti ais krim.

16. Nabi saw juga suka makanan seperti cuka dan minyak zaitun. Dalam satu hadis nabi saw bersabda : “ Sebaik-baik kuah adalah cuka. “

17. Apabila selesai makan, pujilah Allah. Kemudian disunatkan kita membasuh tangan dan berkumur.

In shaa Allah jom kita slow2 cuba mula amalkan sunnah ye. JANGAN LUPA !! niatkan dalam hati bila kita buat semua ni untuk ikut nabi SAW .. Baru dapat pahala in shaa Allah. Ikhlaskan hati :) Selamat beramal !!!! :D

No comments:

Post a Comment