zwani.com myspace graphic comments

Monday 9 February 2015

Sunnah dan Adab dalam Bermusafir





Assalamualaikum. Sekarang ni kan musim bercuti bagi mahasiswa and mahasiswi terutamanya. Mesti ramai yang dah plan nak pi bercuti ke mana-mana or mungking tengah on the way.

Dalam bermusafir macam ni pun ada sunnah yang mampu kita amalkan. Rugikan kalau kita tak kutip pahala dan merapatkan lagi jarak kita dengan nabi saw :)

Antara adab dan sunnah dalam bermusafir adalah :

1. Pastikan tujuannya adalah baik.

2. Tunaikan 2 rakaat solat sunat sebelum keluar bermusafir kerana nabi saw mengkhabarkan bahawa tidak ada yang lebih baik mampu ditinggalkan oleh si musafir pada keluarganya kecuali solat sunat 2 rakaat.

3. Nabi saw suka bermusafir pada hari khamis dan tidak pada hari jumaat kerana jika bermusafir pada hari jumaat kita akan lebih cenderung untuk tidak menunaikan solat jumaat.

4. Bermusafirlah pada malam hari kerana ia akan lebih dipermudahkan kata nabi saw.

5. Sunat membawa beg kecil ketika bermusafir yang telah diisikan dengan keperluan asas. Baginda saw selalunya membawa siwak, sikat, cermin, celak dan kayu wangi( Al-Midra ).

6. Sunnah memohon penjagaan buat keluarga apabila hendak meninggalkan mereka dengan berdoa : “ aku pohon agar kau dijagai oleh Allah SWT yang takkan hilang jagaan dariNya “

7. Sunnah meminta orang yang bermusafir berdoa buat diri kita.

8. Pilihla teman perjalan yang sudah dikenali dan andai kata jumlahnya melebihi 3 orang maka lantiklah salah seorang menjadi ketua sebagai pemimpin yang menyusun atur perkara-perkara sepanjang perjalanan.

9. Sunnat bertakbir apabila mendaki paras tinggi dan bertasbih apabila menuruni paras rendah. Contohnya apabila kapal terbang berlepas dan mula terbang tinggi ketika itu sunat kita bertakbir.

10. Nabi saw suka mendengar nyanyian yang menenangkan hati ketika bermusafir.

11. Apabila memasuki kawasan yang baru seperti sebuah kampung atau negara disunnahkan kita memohon doa agar semua perkara dipermudahkan.


12. Pastikan juga apabila pulang dari bermusafir, kita pulang dengan membawa hadiah buat keluarga dan sanak saudara.

No comments:

Post a Comment