zwani.com myspace graphic comments

Monday 16 February 2015

Istimewanya Selawat

Assalamualaikum, May Allah the Most merciful accept our repentance and may He makes us be among those whom He love.

So, kali ni nak share beberapa keistimewaan apabila kita berselawat kepada nabi Muhammad saw.



Siapa yang tak kenal dgn Baginda saw, lelaki terbaik yang pernah dicipta. Manusia yang indah akhlaknya. Insan yang sangat mencintai kita.

Betapa ruginya insan yang tidak mengenal Baginda saw. Sungguh kisahnya begitu memukau dan melembutkan hati kita yang keras. Ada banyak sangat keistimewaan apabila menyebut tentang selawat, Tapi in shaa Allah serba sedikit yang mampu saya kongsikan disini harap dapat bagi manfaat buat kita :)

1. Baginda saw bersabda : “ Di antara kamu yang diutamakan denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku “.

Manusia yang paling hampir dengan nabi saw ialah mereka yang paling kerap berselawat padanya.

Cuba bayangkan di hari akhirat kelak, even mak kita sendiri pun akan mendakwa kita. Siapa !! Siapa yang mampu berkongsi walau satu kebaikannya dengan orang lain lepas ditunjukkan padanya neraka Jahannam.

Semua insan terduduk apabila melihat neraka jahanam, even nabi-nabi pun. Siapa lagi insan yang mampu membantu kita hari itu melainkan Baginda saw ?
Jika kita melepaskan peluang untuk mendekatkan diri dgn nabi saw sekarang, betapa menyesalnya kita kelak nanti.

2. Pada suatu hari, nabi saw keluar dengan sangat gembira dan ceria. Maka para sahabat bertanya:

 “ Wahai Rasulullah, kami melihat engkau begitu gembira hari ini? “

Rasulullah saw bersabda : 

“ Bagaimana aku tidak gembira, aku tidak ceria. Jibril as telah turun dan mengkhabarkan kepadaku bahawa Allah SWT berselawat 10 kali kepada siapa yang berselawat ke atasku sekali “.

10 kali sahabatku. Sedangkan ulamak berkata kalau sekali pun Allah berselawat pada kita, hidup pasti dipenuhi keberkatan dan kegembiraan. Inikan pula 10 kali ? Kalau 100 kali kita berselawat dgn ikhlas, 1000 kali !!

Senang nak dapat pahala, sambil2 jalan nak pergi pasar pun boleh selawat kan. Itu jauh lebih baik dari menyanyikan lagu AWAK KAT MANA tu :)

3. Selawat pada nabi saw menghapuskan kegelisahan dan mencukupkan hajat kita.

Bila hati rasa resah gelisah dgn pelbagai ujian yang Allah hadirkan dalam hidup kita. Berzikir dan berselawat lah mengingati Allah dan Rasul-NYA dengan ikhlas serta yakin. In shaa Allah, Allah bagi keringanan dan kemudaha dalam setiap sesuatu.

4. Disunatkan untuk berselawat pada nabi saw apabila memasuki rumah atau masjid dan juga apabila keluar darinya.

5. Nabi saw bersabda : 

“ perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari jumaat, sesungguhnya selawat-selawatmu akan sampai kepadaku..“

Yakinlah, setiap kali kita selawat, ia sampai pada nabi saw. Bila sampai padanya, nabi saw ingat kat kita. Tak nak ke kita, Baginda saw kenal dan mengingati kita ?

6. Orang yang bakhil adalah orang yang apabila disebut nama nabi saw maka dia tidak berselawat ke atas nabi saw.

Kunci kepada rahmat Allah adalah dengan mengikut cara kehidupan nabi saw. Kalau bukan kita yang merindui dan mengingati Baginda saw. Insan mana lagi yang akan melakukannya. Sedangkan pelepah tamar menangis kerana merindui nabi saw. 

BUKANKAH KITA LEBIH LAYAK UNTUK MENANGIS

Lembutkanlah hati dan ringankan lah lidah untuk mengingati dan berselawat pada Baginda Muhammad SAW :)


No comments:

Post a Comment