zwani.com myspace graphic comments

Sunday 26 October 2014

Indahnya kefahaman Umar ra disaat terakhir

Assalamualaikum buat saudara-saudaraku..

Moga Allah memberi manfaat buat secebis masa yang kita luangkan disini.

Kali ini nak berkongsi tentang saat-saat yang penuh dengan tangisan dan kesedihan iaitu saat-saat terakhir Umar al-khattab ra. Beliau adalah seorang sahabat yang sangat rapat dengan Baginda saw dan beliau juga adalah khalifah yang kedua setelah abu Bakar ra.



Kisah ini bermula setelah berlakunya peristiwa Umar ra ditikam oleh pisau bercabang dua yang disaluti racun ketika beliau menunaikan solat subuh.

Sewaktu beliau terbaring lemah didalam rumahnya. Seorang lelaki datang ke rumahnya dan memuji umar ra, lalu umar berkata pada lelaki itu 

" sanggupkah kamu menjadi saksi buatku diakhirat kelak ? "

Lalu setelah itu datang pula Abdullah ibn Abbas ra ketika Umar ra sedang menangis dan mendengar Umar ra berkata :
" Dengan nama Allah jika aku mampu meninggalkan dunia ini tanpa apa-apa yang memusuhiku dan tanpa apa-apa kebaikan yang telah aku lakukan, aku gembira "

setelah segala pengorbanan yang Umar ra telah lakukan , ini adalah kata-kata yang umar ra lafazkan disaat- saat terakhirnya...

Abdullah ibn Abbas ra berkata :

" wahai amirul mukminin, sewaktu Nabi saw meninggalkan dunia ini. Baginda saw gembira denganmu. Tiada 2 orang muslim bertelagah tentang kewibawaanmu sebagai khalifah. Semua orang gembira engkau adalah khalifah."

Lalu umar ra berkata :

" Aku tahu. Tapi hal khalifah ini sangat merunsingkan hatiku"

Kemudian Umar ra bertanya pada Abdullah ra :

" wahai Abdullah sanggupkah engkau menjadi saksiku diakhirat kelak ? "

Abdullah ra menjawab :

" Ya, aku sanggup "

Seketika selepas itu sewaktu umar ra terbaring diatas paha anaknya Abdullah ibn umar ra, beliau berkata pada anaknya :

" wahai Abdullah, letakkan pipiku diatas tanah. "

Lalu anaknya bertanya " kenapa ayahku ? " sambil mencium umar ra.

Umar ra berkata :

" Jika aku ditakdirkan di syurga maka bantal disyurga itu lebih lembut tapi jika aku ditakdirkan ke neraka maka engkau pasti tidak mahu pipi ini dipahamu "

Dan Umar ra memberitahu keluarganya :

" Besederhanalah dalam mengkafanku, jika Allah mentakdirkanku neraka maka Allah akan memberi yang lebih baik dari ini dan jika Allah mentakdirkan syurga buatku maka inipun akan ditanggalkan dariku.

Besederhanalah dalam menggali kuburku, jika Allah mentakdirkan syurga buatku maka Dia akan meluaskannya tapi jika Allah mentakdirkan neraka buatku maka kubur itu pun akan disempitkan. "

Lalu umar ra meminta anaknya Abdullah ra pergi kepada isteri Baginda saw untuk meminta kebenaran agar Umar ra dikuburkan ditepi Baginda saw. Apabila dikhabarkan pada Umar ra bahawa aisyah ra memberi kebenaran, 
Umar berkata :

" Aku tidak punya hajat yang lebih besar selain itu. Tapi setelah aku mati, tanya Aisyah sekali lagi, jika dia masih membenarkan maka kuburkan aku disitu tapi jika tidak maka kuburkan aku di perkuburan muslim. "

Umar ra dikuburkan di tepi Baginda saw dan nabi Muhammad saw pernah bersabda :

" Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga ”
 (HR. Bukhari no. 1196)

Jika manusia dikebumikan di tanah yang diambil untuk manusia itu diciptakan maka itu bermakna Abu bakar, umar dan baginda saw dicipta dari tanah taman-taman syurga.

Ambil dan renungkanlah setiap kata-kata umar ra. Meskipun dengan segala kejayaan dan pengorbanan yang beliau lakukan sepanjang hidupnya beliau masih begitu rendah diri. Ini kerana Umar ra sedar akan hakikat sebenar seorang insan yang penuh dengan kelemahan.

Jangan pernah merasa cukup dengan amal yang telah kita lakukan. Perbaiki dan tambah selagi yang kita mampu. Dunia ini tidak lain hanyalah satu persinggahan mengutip bekalan yang akan kita persembahkan buat Allah kelak.

Adakah Allah akan gembira dengan apa yang akan kita tunjukkan kelak ?

Setiap dari kita punya jawapan masing-masing. Manfaatkanlah sedikit masa yang masih kita ada sekarang. Kutip setiap peluang yang ada. Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan....

________________________________________________________________

---> Sebarang komen untuk pembetulan dan penambahbaikan amat dialukan :)




No comments:

Post a Comment