zwani.com myspace graphic comments

Saturday 8 November 2014

Istimewanya iman mu.

Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum buat saudara semua yang sudi datang menjengah :)

Semalam dalam keasyikan menyiapkan assignment, terpandang lah satu video kat youtube ni bertajuk 


Abdullah Ibn Hudhafa - Story Of A Real Muslim



Dibawah ada disediakan link ke video ni. Bolehlah tengok-tengok nanti ye .

setiap saat kisah ini sangat membuka mata kita. Siapalah kita kalau dibandingkan dengan seorang sahabat dan ia juga memberi kesedaran akan kecilnya pengorbanan serta bakti kita pada agama ini.

Ketika zaman umar ra berlaku satu peperangan dengan pihak rom. Dalam peperangan ini, kebanyakan muslim telah menjadi tawanan perang. Salah seorang dari mereka adalah sahabat nabi saw yang mulia iaitu Abdullah ibn hudafha.

Sebaik sahaja berita seorang sahabat nabi muhammad saw telah menjadi tawanan sampai pada raja rom, beliau terus mengarahkan agar Abdullah dibawa menghadapnya.

Pada saat ini, para sahabat sudahpun terkenal diserata dunia dan Raja rom ini sangat berkeinginan untuk menjadikan Abdullah sebagai pewarisnya. Beliau percaya bahawa ini akan menghasilkan keturunan yang perkasa kelak.

Sesampainya Abdullah dihadapan Raja ini, apabila beliau mengkhabarkan tawaran ini dengan syarat Abdullah perlu menjadi kristian. Abdullah terus menjawab 

" TIDAK "

Kemudian raja tersebut menjanjikan separuh dari kerajaanya pada abdullah seandainya abdullah bersetuju dengan syaratnya tadi. Namun Abdullah tetap bertegas tidak akan sesekali meninggalkan agama ini.

Lalu, raja tersebut berkata :

"kalau kamu ingkar, aku akan membunuh mu "

Dan abdullah tetap mengatakan tidak.

Setelah itu, raja tersebut mengarahkan agar dibawa satu kawah yang dipenuhi dengan minyak lalu dipanaskannya. Kemudian dibawa seorang muslim lalu dilemparnya muslim itu kedalam kawah tersebut. Hanya seketika saja timbul tulang-temulang muslim yang dilempar tadi.

Raja rom itu melihat pada abdullah dan memberi amaran akan dilakukan perkara yang sama pada abdullah seandainya dia masih mengatakan tidak.

Tanpa sedikit kegusaran abdullah tetap bertegas dia tidak akan meninggalkan agama islam.

Raja rom terus mengarahkan agar dibawanya abdullah untuk dilempar kedalam kawah itu. Sewaktu berjalan kesana raja rom melihat abdullah menangis, terus diarahkan agar abdullah dibawa menghadapnya kembali.

Apabila ditanya mengapa engkau menangis wahai abdullah ? Adakah kerana harta, isteri ataupun harta yang akan engkau tinggalkan ?

Dan abdullah menjawab :

" jangan engkau fikir kerana takut pada kematian, aku menangis kerana aku mengharap agar Allah memberiku 100 nyawa supaya aku dapat mengulangi kematianku dijalan Allah "

mendengar jawapan abdullah, Raja tersebut terkesima.

Lalu raja tersebut meminta abdullah mencium dahinya dan kemudian dan berjanji akan memberi kebebasan padanya. Namun abdullah berkata dia tidak mahukan kebebasan ini untuk dirinya sahaja tapi untuk seluruh muslim yang ditawan.

Raja kemudian berjanji akan membebaskan abdullah serta semua muslim selepas abdullah sudi mencium dahinya dan itulah yang berlaku.

Cuba kita renungkan keyakinan Abdullah pada Allah. YAKINNYA DIA AKAN KEHIDUPAN AKHIRAT. Kasihnya abdullah pada sahabat-sahabatnya sehingga dia tidak menginginkan kebebasan hanya buat dirinya.

kalau kita, kita menjalani kehidupan seharian seolah-olah kita tidak akan mati. itulah realitinya buat kebanyakan dari kita termasuklah saya. 

manfaatkanlah masa yang sedikit yang masih Allah kurniakan buat kita..

ikhlaskan hati, tuntutlah ilmu, kenali Allah, kenal agamamu....

sila klik sini. untuk ke video tersebut :)

______________________________________________________________

sebarang teguran sangat-sangat dialukan :)





No comments:

Post a Comment