zwani.com myspace graphic comments

Monday 25 May 2015

Road to Ramadhan: Ghazwatu al-Badr

Bismillah...

Assalamualaikum ^^ Terima kasih sebab sudi singgah nak jenguk blog yang serba kekurangan ni. Jadi, in shaa Allah kali ni nak citer secara ringkas tentang peristiwa bersejarah iaitu perang Badar.





Siapa yang tak pernah mendengar tentang peristiwa yang sangat bersejarah dalam diari umat islam ini, inilah perang yang menjadi satu titik permulaan kepada kebangkitan islam dengan sangat drastik.

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke 2 hijrah. Segalanya bermula apabila nabi saw memerintahkan agar beberapa sahabat untuk menyerang kafiah dagang Quraisy yang pulang dari syam menuju ke Makkah. 




Namun, harus kita memahami erti perintah nabi saw ini, Baginda saw bukan menginginkan keburukan mahupun memulakan satu peperangan tetapi Baginda saw hanya ingin menuntut kembali hak umat islam yang telah dirampas oleh orang Quraisy sewaktu mereka masih berada di Makkah dahulu.

Rombongan dagang ini diketuai oleh Abu Sufian bin Harb. Apabila Abu Sufian mendengar berita akan rombongannya ingin diserang, beliau telah menghantar surat kepada kaum Quraisy memohon bantuan mereka, dengan itu 1000 orang tentera lengkap bersenjata keluar menuju ke rombongan tersebut. 600 tentera siap berbaju perisai, 100 ekor kuda siap dengan baju perisai dan 700 ekor unta.

Bersama-sama mereka juga adalah penari perempuan yang akan menari dan menyanyi bagi mengutuk islam seterusnya menaikkan semangat tentera Quraisy.

Pasukan islam yang keluar menyerang rombongan tersebut hanyalah 313 orang, dengan membawa 70 ekor unta dan hanya 2 ekor kuda sahaja.

LIHATLAH DAN RENUNGKANLAH PERBEZAAN YANG CUKUP KETARA.

Setelah mendapat persetujuan dari para sahabat, Baginda saw mengetuai angkatan tentera seramai 313 orang ini keluar menuju ke tempat berhampiran Badar. Disana, Baginda saw telah berpindah ke satu tempat yang startegik bagi menyekat sumber air kemudian membina khemah di belakang barisan tentera atas cadangan al-Hubbab ra dan Saad bin Muaz ra.




Sewaktu tiba masanya bagi kedua-dua tentera ini bertempur, Baginda saw meluruskan barisan tentera islam lalu membakar semangat mereka dengan bersabda :

“ Demi Tuhan yang jiwaku berada didalam genggaman-Nya, sesiapa yang memerangi mereka (tentera musryrik) pada hari ini, kemudian dia terbunuh di dalam keadaan kesabaran dan ikhlas,terus maju dan tidak lari di medan pertempuran, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga. “

Selepas itu, Baginda saw pulang bersama Abu Bakar ra ke khemahnya dan di situ Baginda saw berdoa memohon pada Allah:

“ Ya Allah, laksanakanlah apa yang Engkau janjikan, datangkan apa yang telah dijanjikan kepadaku. Ya Allah, jika Engkau memusnahkan satu kumpulan yang kecil dari orang islam ini, nescaya Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi ini. “

Nabi saw memanjangkan doanya dengan deraian air mata sehingga kain selendangnya jatuh lalu berkata Abu Bakar ra :

“ Cukuplah, wahai Rasulullah. Sesungguhnya, Allah akan melaksanakan janji-Nya untukmu. “

Peperangan ini bermula dengan pertandingan satu lawan satu antara Hamzah dan Utbah, Ali dan Shaibah serta Ubaidah dan al-Walid. Ketiga-tiga pertempuran ini dimenangi pihak islam dan ini secara tidak langsung telah menaikkan semangat umat islam dan menjatuhkan semangat tentera Quraisy.

Tanpa melengahkan masa, tentera Quraisy segera menggempur tentera islam namun dengan izin Allah peperangan ini meskipun dengan jumlah tentera yang sangat berat sebelah telah mengangkat martabat umat islam dengan kemenangan yang gilang gemilang. 

Dalam peperangan ini dapat disaksikan bagaimana ketetapan Allah itu mengatasi perintah makhluk apabila Abu Ubaidah al-Jarrah membunuh bapanya yang menjadi musuh tegar orang islam.

Firman Allah dalam surah al-Mujaadilah ayat 22 :

“ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang yang MENENTANG Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu bapa-bapa mereka, anak-anak mereka, saudara mereka, ataupun keluarga mereka . Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan pertolongan daripada-Nya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda nikmat pemberian-Nya. Merekalah para penyokong ( agama ) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong  Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. “

Kira-kira 70 orang musyrik terbunuh dan 70 orang lagi telah ditawan. Tentera Quraisy yang telah ditawan ditetapkan hanya perlu mengajar anak orang islam seramai 10 orang membaca dan menulis.

Islam bukanlah satu agama yang menghukum tapi ia adalah agama yang mendidik. Perang Badar adalah satu tanda dari Allah bahawa Islam bukanlah agama yang kuat kerana jumlah penganutnya yang ramai tapi kekuatannya datang dari keyakinan yang tak berbelah bahagi dengan janji Allah.

Moga bermanfaat ^_^






No comments:

Post a Comment