zwani.com myspace graphic comments

Tuesday 26 May 2015

Road to Ramadhan: Cahaya Ramadhan

Bismillah..

Assalamualaikum, in shaa Allah kali ni nak mulakan dah muqaddimah serba sedikit tentang bulan mulia yang bakal hadir dalam hidup kita in shaa Allah, moga-moga dengan apa yang saya cuba sampaikan ini dapat sedikit sebanyak menambah kecintaan kita pada bulan ramadhan in shaa Allah.



Cahaya itu petunjuk. Dalam menyelusuri arus dunia di zaman kini, meskipun kita terang disinari mentari di siang hari dan cerah dengan cahaya lampu di malam hari namun ramai dari kita lupa dan tidak sedar tentang arus dunia yang semakin menggelapkan cahaya keimanan di dalam hati.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 257:

“ Allah ialah wali(pelindung) orang yang beriman yang mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. “

Indahnya Ramadhan kerana rata-rata setiap saat dalam bulan ini dipenuhi dengan ibadat  yang di dalamnya terkandung cahaya kebenaran yang membawa insan semakin dekat dengan pencipta-Nya.

Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 35:

“ Allah memberi cahaya bagi penduduk langit dan bumi. Perumpamaan cahaya seperti pelita yang mengandungi lampu. Lampu itu berada di dalam pelita kaca dan pelita itu seperti bintang yang bersinar terang yang dinyalakan dari pokok yang diberkati iaitu pokok zaitun. 

Tidak mengadap timur atau ke baray hampir-hampir minyaknya (zaitun itu) menyala walaupun tidak disentuh oleh api. Cahaya di atas cahaya. Allah memberi hidayat dengan cahayanya(petunjuknya) kepada sesiapa yang dikehendaki dan Allah sentiasa membuat perumpamaan-perumpamaan kepada manusia. Dan Allah maha mengetahui terhadap tiap-tiap sesuatu. “



Bulan ini bulan mulia yang mana umat islam akan bergegas dan berusaha melakukan amal kebaikan sebanyak mungkinn selaras dengan firman-Nya dalam surah Ali-‘Imran ayat 133:

“ Dan bersegeralah kamu mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya di antara langit dan bumi yang disediakan kepada orang-orang yang bertaqwa. “

Di dalam kalangan bangsa arab apabila tiba bulan Ramadhan mereka akan menggantung tanglung(fanus) serta sepanduk bagi menunjukkan kesyukuran dan kegembiraan dengan kehadiran bula penuh barakah ini.

Maka haruslah bagi kita umat islam berasa penuh gembira serta yakin dengan janji-janji Allah seperti yang disebut dalam surah Ali-‘Imran ayat 136:

“ Mereka( orang-orang yang bertaqwa ) balasan mereka keampunan dari Tuhan dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah sebaik-baik ganjaran bag orang-orang yang beramal. “

Bagi menjadikan hati ini sentiasa gembira dengan cahaya yang bakal menjelang ini nabi saw menyarankan kita agar melazimi doa ini :


“ Ya Allah, jadikanlah hatiku bercahaya, lidahku cahaya pandanganku cahaya, pendengaranku cahaya, kiri dan kananku cahaya, di atas dan di bawahku cahaya, di hadapan dan belakang cahaya, jadikanlah diriku (sentiasa) bercahaya. “
( Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Nasa'ie )

Moga perkongsian kali ni dapat bagi manfaat pada yang sudi membaca. Terima kasih.

Rujukan: Ensiklopedia Ramadhan

No comments:

Post a Comment