zwani.com myspace graphic comments

Monday 13 April 2015

Indahnya Keajaiban kitab-Mu



Al-Quran. Siapa yang tak kenal dengannya kan. Sejak lebih 1400 tahun lepas terdapat pelbagai keajaiban yang meletakkan kitab suci ini di puncak kejayaan sesebuah tamadun. 

Namun sayang ,sejak masuknya tamadun manusia di era ‘moden’ ramai yang telah meletakkan Al-Quran sebagai sebagai sebuah kitab penghias rak sahaja.

Pernah tak kita terfikir dan kita cuba memahami erti ‘pembebasan’ yang dibawa oleh kitab suci ini? Bagaimana dalam masa kurang dari 30 tahun, panduan melalui kitab ini berjaya menjadikan tanah arab dari sebuat tamadun yang penuh dengan kejahilan kepada sebuah tamadun yang menggegarkan dunia?



Al-Quran, sebuah kitab yang gah di persada dunia satu ketika dulu kini ‘sunyi’ dari ‘jiwa’ insan yang mengatakan “ Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah” . Apa yang menyebabkan lahirnya generasi yang begitu rugi ini? Tak lain dan tak bukan adalah kerana kurangnya kefahaman akan kehebatan yang mampu dipupuk oleh jiwa yang mengaplikasikan ‘al-Quran’ dalam hidupnya.

Jadi dah habis muqaddimah panjang lebar ^_^ sekarang sebelum kita pergi lebih jauh dalam bab yang lain, kali ni nak share dengan semua yang hadir tentang mukjizat al-Quran yang telah mengubah satu tamadun :)

STOP!!! Sebelum tu kita cuba kenal dulu apa pengertian mukjizat, mukjizat adalah perkara ganjil yang mencarikkan adat kebiasaan dalam sesuatu masyarakat. Ia tak dapat ditiru dan diukur dengan adat kebiasaan .

Allah telah menurunkan kitab ini di saat syair dan sastera menjadi satu kebanggaan dalam penduduk Arab bagi memberi satu ‘kejutan’ yang mampu memukau pemikiran golongan yang mengatakan diri mereka mahir dalam bidang penulisan kesusateraan. 



Bukan setakat keindahan bahasa sahaja, Allah telah menentukan nabi saw yang dikatakan sebagai ‘penulis’ Al-Quran sebagai seorang ‘ammiy(tidak tahu membaca dan menulis) agar lebih memberi keyakinan pada golongan yang mendengar bahawa ini bukanlah kata-kata tulisan manusia.

Indahnya apabila insan mampu memahami apa yang cuba dibawakan oleh Al-Quran ialah lahirnya ‘kafahaman’ dan ‘keyakinan’ yang mampu menjadi tunjang memberi mereka kekuatan dalam menegakkan apa yang hak. Al Walid bin Al-Mughirah berkata:

Pada pendapat saya, orang itu adalah tukang sihir. Juga kata-kata(al-Quran) yang dibawanya pun adalah sihir. Oleh itu katan-katanya amat berbahaya kepada semua orang. Ini disebabkan dengan kata-kata itu mampu memisahkan antara anak dengan ayahnya, antara saudara dengan saudaranya yang lain, antara suami dengan isterinya dan seseorang dari kaumnya. Mana-mana orang yang mendengar ucapannya pasti akan tertarik dengan segala kata-katanya. “

Namun dengan tegas Allah mengatakan di dalam Al-Quran:

“ Maka berilah peringatan (kepada mereka) bahawa engkau bukan tukang tenung(sihir) dan bukan pula gila dengan nikmat Tuhanmu. Bahkan ada yang menyatakan bahawa dia seorang penyair, kita tunggulah saat kematiannya. “
(At-Thur ayat 29-30)

Keagungan dan keindahan bait-bait Al-Quran menjangkau pemikiran manusia sehingga mereka tidak mampu meberi penjelasan rasional melainkan mengatakan ia adalah sihir. Pernah terjadi dalam sejarah,
Abu Jahal lari apabila mendengar al-Quran dibacakan sambil mengatakan bahawa al-Quran itu datang dari Allah dan bukannya ciptaan nabi Muhammad saw tapi kerana keegoan yang menguasai hatinya dia tetap tidak mahu berubah.

Bagi benar-benar memahami apa yang cuba disampaikan oleh al-Quran seseorang haruslah mendalami bahasa arab. Dalam firman-Nya:

“ Diturunkan (Al-Quran) oleh Roh yang amanah( malaikat Jibril). Di dalam hati engkau(wahai Muhammad) supaya engkau mendapat peringatan. Iaitu dengan(menggunakan) bahasa arab yang terang. “
(As-Syua’ara ayat 193-195)

As for conclusion nya, kalau saya cuba nak terangkan dan cerita tentang keajaiban Al-Quran memang panjang dan banyak sangat, tapi saya di sini nak ajak semua yang membaca untuk kita pupuk perasaan ingin mempelajari al-Quran.

DON’T JUST READ, UNDERSTAND IT

Saya suka nak share pengalaman saya sendiri, pernah satu ketika dulu saya rasa frust sangat, rasa mcm nak putus asa dah tapi kemudian saya teringat ada dalam Quran “ hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang “ so saya pun cuba buat refleksi dan muhasabah diri dengan mempelajari apa yang cuba disampaikan oleh Allah melalui mukjizat-Nya ini and at the climax apa yang saya nampak ialah

“ Dunia ni terlalu kecil, masa di sini terlalu singkat. Kita ada di sini bersebab dan bukannya untuk menghabiskan masa dengan sia-sia. Jangan hanya kerana manusia, kita hancurkan hubungan kita dengan Allah. Dan Allah sentiasa menunggu dan memberi kita peluang untuk kembali pada-Nya “

Sekian dulu :) Sebarang teguran membina amat dialukan :’)


No comments:

Post a Comment