zwani.com myspace graphic comments

Monday 13 April 2015

Road to RAMADHAN: Taqwim Hijrah dan Anak Bulan

Bismillah, so Ramadhan rasanya tak lah dekat sangat lagi tapi tak lah jauh sangat kan huhu :)

So, in shaa Allah nak mula share sikit demi sikit tentang ramadhan berdasarkan sebuah buku berjudul Ensiklopedia Ramadhan.

Lets start then ^_^



Pada saat awal penentuan bagi memilih kalendar yang bakal digunakan oleh umat islam, terdapat pelbagai pendapat yang timbul dalam kalangan sahabat nabi saw. Ada yang menyarankan agar permulaan kalendar ini adalah saat kelahiran nabi saw dan ada juga yang mengatakan guna sahaja taqwim rom dan parsi. 

Selepas berbincang, khalifah Umar ra ketika itu memilih untuk bersetuju dengan cadangan Ali ra agar tarikh permulaan kalendar islam ialah saat penghijrahan nabi saw dari Makkah ke Madinah.

Bagi memilih bulan permulaan tahun pula, khalifah telah bersetuju dengan cadangan Uthman bin Affan ra agar memilih bulan Muharram sebagai bulan permulaan dalam taqwim islam. Kebanyakan ulamak mengatakan harus bagi kita menggunakan kalendar masihi dan ia bukanlah satu kesalahan namun apa yang menyedihkan terjadi dalam kalangan umat islam zaman kini ialah kita menggunakan kalendar masihi secara berlebihan sehingga melupakan ‘aset’ kita sendiri.

Firman Allah:

“ sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan di dalam kitab Allah(al-Quran). Pada hari Dia menjadikan langit dan bumi. Di antaranya ada 4 bulan yang suci( iaitu bulan yang diharamkan berperang iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab ) “

Melalui ayat ini Iman Qurtubi mengatakan dalam tafsir Al-Qurtubi 8/133 bahawa wajib menghubungkan hukum ibadat dengan bulan-bulan yang diketahui di kalangan orang arab dan bukannya dengan bulan-bulan di kalangan orang ajam( bukan arab ) kerana terdapat perbezaan bilangan.

Apabila bercerita tentang anak bulan, ia adalah penanda sesuatu bulan bakal tiba. Nabi saw apabila melihat anak bulan akan berdoa dengan doa:

ya Allah, turunlah ke atas kami rasa kesenangan, juga keimanan, kesejahteraan dan keselamatan, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah. “

Oleh itu disunatkan kita untuk berdoa dengan doa ini apabila melihat anak bulan moga-moga mendapat keberkatan melalui doa tersebut.

Urutan bulan dalam taqwim Hijrah:

1. Muharram
2. Safar
3. Rabiul awal
4. Rabiul akhir
5. Jamadil awal
6. Jamadil akhir
7. Rejab
8. Sya’ban
9. Ramadhan
10. Syawal
11. Zulkaedah

12. Zulhijjah

Thats it for now, sebarang teguran membina amatlah dialukan :)

No comments:

Post a Comment