zwani.com myspace graphic comments

Sunday 26 April 2015

Road To Ramadhan: Penentuan Anak Bulan



Permulaan bulan mulia ini berdasarkan sistem taqwim Hijrah yang berpandukan pada perjalanan bulan. Terdapat 2 cara bagi menentukan masuk atau tak bulan ramadhan :

1. Dengan melihat kepada anak bulan.

Firman Allah :

“ maka barang siapa di antara kamu yang telah melihat anak bulan maka hendaklah dia berpuasa. “
(Al-Baqarah ayat 185)

Anak bulan ramadhan dilihat pada malam yang ke 30 syaban dan ia dilakukan oleh 1/2/sekumpulan saksi yang adil. Syarat bagi menjadi seorang saksi:

-lelaki
-adil
-merdeka
-Ar-Rusyd(pandai menguruskan harta)
-menjaga maruah
-melihat anak bulan dalam keadaan jaga
-tidak bisu
-tidak pekak
-tidak buta
-tidak melakukan dosa besar
-tidak berterusan melakukan dosa kecil

Namun jangan disalah erti sehingga kita pergi mengintip mencari kesalahan seorang saksi. Kata imam Syafie memadailah kita tahu saksi ialah seorang yang berpewatakan baik.

Hukum melihat anak bulan adalah fardhu kifayah.

2. Dengan mencukupkan bulan syaban 30 hari apabila susah melihat anak bulan kerana terlindung oleh awam atau kerana langit mendung. Kaedah ini menggunakan perkiraan Hisab Falak. ( akan diterangkan di next topik ^_^ )

Sabda nabi saw:

“ Hendaklah kamu berpuasa kerana melihat anak bulan dan berbuka kerana melihatnya(anak bulan), maka apabila terhalang(melihatnya) dengan sebab mendung, maka hendaklah dicukupkan sya’aban 30 hari. “
( riwayat Bukhari dan Muslim )



No comments:

Post a Comment