zwani.com myspace graphic comments

Wednesday 8 April 2015

Dah Rendahkan Pandangan ?

Assalamualaikum, thanks banyak sebab sudi datang menjenguk untuk baca sedikit perkongsian yang ana rasa agak simple tapi sangat penting to both kaum adam mahupun hawa .

Wahai geng yang disayangi, tahu tak apabila kita keluar di luar sana lalu kita menundukkan pandangan, itu adalah sunnah. Semakin lama kita menundukkan pandangan semakin banyak pahala yg akan kita perolehi dan semakin susah untuk kita menundukkan pandangan semakin besar lah pahala yg akan kita miliki.

"Boleh faham ??? :))""

Ia bukannya bermaksud apabila kita keluar dan melihat seseorang yg kurang cantik lalu kita pun mengucapkan "astaghfirullah" hehe ia bukan macam tu.

Wahai saudaraku ia mudah bukan untuk dilakukan :) kan? Bila kamu terlihat saja sesuatu yg tak patut dilihat tapi rasa memang teringin sangat melihatnya pada masa itu apabila kamu menundukkan pandanganmu, nabi Muhammad saw memberitahu kita bahawa kita pada hari itu akan dapat merasakan kelazatan kemanisan iman ^_^

Dan jika rasa tak percaya maka ujilah kebenaran kata2 Rasulullah saw ini. Next time, apabila kamu keluar dan kamu lihat wanita yg cantik-cantik dan seksi-seksi itu lalu kamu rasa ingin terus melihat mereka pada masa itu jangan lihat dan tundukkanlah pandangan mu. Dan dalam doa mu, dalam solatmu engkau akan merasakan kemanisan iman.

Setiap kali engkau melihat wanita-wanita itu dan kamu tundukkan pandangan mu kamu pada masa itu adalah lelaki yang sebenar !!!

Dan saudaraku, seandainya engkau ingin terus melihat maka tanyalah dirimu BILA ?? BILA ENGKAU AKAN BERHENTI MELIHAT...

In shaa Allah, disini ingin saya nukilkan sebuah kisah dari seorg ulamak, semoga kisah ini mampu meningkatkan semangat kita untuk menundukkan pandangan in shaa Allah :))

Pada satu ketika di amerika, ada seorang lelaki  yg masih muda  dan juga sangat warak.Pada suatu hari, dia memasuki satu lif dan semasa dia berada di dalam lif, lif itu berhenti pada tingkat 2.Kemudian, ada seorang perempuan yg agak seksi masuk ke dalam lif. Lalu lelaki itu tundukkan kepalanya dan dia tidak melihat kepada wanita itu.

Melihatkan keadaan itu, wanita tersebut berasa sangat marah kerana inilah kali pertama dalam hidupnya seseorang tidak mahu melihatnya.Wanita itu cuba melakukan beberapa perkara untuk mendapatkan reaksi lelaki itu tapi tidak berjaya. Untuk pengetahuan semua pada waktu itu hanya mereka berdua saja di dalam lif tersebut.

Bila lif itu berhenti, lelaki itu keluar dan wanita itu mengikutinya dari belakang. Kemudian wanita itu berkata pada lelaki itu,

"Hey, you know what? i'am very offended !! Am i so bad, so dirty, so ugly that you couldn't even look ?"

Dan kemudian lelaki itu berkata,

"look my sister, you know what? im a muslim. I respect you so much. Really . And i have a wife and i don't want to insult myself and you by looking at you, you know. What am i going to gain by that? "

kemudian lelaki itu menerangkan pada wanita tersebut dengan cara yg begitu berhikmah dan wanita itu kemudian meminta nombor phone lelaki tersebut.

Lelaki tersebut memberikannya kerana dia mahu berhubung dengan wanita itu agar dapat memperkenalkan seseorg padanya untuk menerangkan tentang islam.

Akhirnya selepas beberapa ketika, wanita itu memeluk islam :)))

Dan wanita itu berkata selepas memeluk islam,

" Islam has liberated me from being a person who cannot go out before spend half and hour in front of a mirror. Now, when i want to go out, i just put on a black cloth and I walk on"

Indahnya hidup berpanjikan islam bukan :) semoga kata-kata saya ini mampu membuka pandangan kita sama-sama berusaha hidup dengan cara hidup islam yang sebenar.  InsyaAllah =)

--- dipetik dari ceramah kat youtube ^^

4 comments:

  1. Kalau x tunduk tp jalan dengan melihat terus ke hadapan sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, janji kita 'tundukkan' mata dari tengok benda yang tak spatutnya,, sy pom pernah buat mcm tu,, tgk straight jeee kan ^_^

      Delete