zwani.com myspace graphic comments

Saturday 15 December 2012

Tepatilah Janjimu ^^


Seorang pemuda sedang  dalam satu perjalanan yang jauh, berasa amat letih. Dia pun berhenti
 berehat di satu kawasan perkampungan dan melepaskan kudanya mencari  makan di situ.
Oleh kerana keletihan, pemuda itu tertidur di bawah  pokok. Kudanya yang kelaparan merayau
di satu kawasan ladang dan meragut  tanaman di situ. Tidak berapa lama kemudian, sang
petani yang memiliki  ladang itu pun balik. Melihatkan habis tanamannya musnah, petani itu
hilang kesabaran lalu membunuh kuda yang memakan tamannya.
 
Apabila  terjaga dari tidur, pemuda itu mencari kudanya. Puas dia mencari tidak  juga berjumpa.
Akhirnya dia ternampak bangkai kudanya di sebuah ladang.  Melihat keadaan itu, dia menjadi
marah dan mencari pembunuh kudanya. Dia  terus meluru ke sebuah rumah
berhampiran.Sebaik saja menjumpai tuan  rumah, dia terus menghamun dan berlakulah
pergaduhan dan akhirnya petani  itu terbunuh.
   
Peristiwa itu  diketahui orang ramai. Pemuda itu dibawa berjumpa khalifah untuk  diadilkan.
Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas dengan bunuh. Khalifah  memerintahkan supaya dia
dipenjarakan sehari semalam sebelum dia  dipancung pada jam 5:00 keesokan petangnya.
Pemuda itu merayu supaya dia  dibenarkan balik dahulu berjumpa ibunya untuk menyelesaikan
satu  perkara yang amat mustahak.Khalifah tidak meluluskan rayuan pemuda itu.  Namun
pemuda itu tidak berputus asa dan terus merayu sambil menyatakan  dia mempunyai
tanggungjawab yang mesti diselesaikan sebelum dia dihukum  bunuh. Dia berjanji akan balik
segera sebaik saja urusannya selesai

Khalifah  meminta pandangan waris si mati. Anak petani itu tidak mengizinkan  pemuda itu
pergi kerana bimbang dia tidak akan datang lagi untuk  menerima hukuman mati.Berkali-kali
pemuda itu merayu dan bersumpah akan  datang semula, namun tiada seorangpun
menunjukkan tanda simpati.  Akhirnya tampil seorang tua menuju mengadap khalifah
menyatakan  kesanggupan untuk menjadi tebusan bagi membolehkan pemuda itu balik ke
rumah.
 
Orang tua  itu tidak lain tidak bukan ialah Abu Zar, seorang sahabat Nabi yang  banyak
merawikan Hadith. Melihat apa yang berlaku, semua hadirin  tercengang dan sebahagian besar
memarahi Abu Zar kerana tindakannya yang  membahayakan diri sendiri. Abu Zar berjanji
untuk menjadi tebusan dan  membenarkan pemuda itu pulang menyelesaikan masalahnya.
Melihat kejadian  ini, pemuda itu menjadi tenang dan mengikat janji bahawa dia akan  pulang
semula untuk dipancung sebaik sahaja urusannya selesai.
 
Abu  Zar faham kegagalan pemuda itu menunaikan janji akan mengakibatkan  nyawanya
tergadai.Ketika ditanya Khalifah bagaimana dia sanggup  meletakkan dirinya dalam keadaan
membahayakan, Abu Zar menerangkan demi  keluhuran Islam, dia sangat malu melihat tiada
siapapun sanggup  menghulurkan bantuan ketika pemuda asing itu dalam kesusahan yang
amat  sangat. Pemuda itu dibenarkan pulang ke rumah sementara Abu Zar pula  dikurung di
penjara. Pada keesokan petangnya, penuh sesak manusia menuju  ke istana khalifah untuk
menyaksikan episod yang mencemaskan.
 
Ramai  menganggap Abu Zar akan dibunuh kerana kemungkinan besar pemuda itu  tidak akan
datang menyerahkan lehernya untuk dipancung. Saat yang  mendebarkan berlaku apabila
beberapa minit lagi jam lima petang, pemuda  itu masih belum tiba. Abu Zar dikeluarkan dari
kurungan. Kegagalan  pemuda itu menghadirkan diri akan menyebabkan Abu Zar menjadi
mangsa.Di  saat terakhir, orang ramai melihat kelibat seorang lelaki menunggang  seekor kuda
dengan amat kencang sekali. Ketika itu riak cemas orang  ramai bertukar menjadi reda. Tepat
sekali bagaimana dijanjikan pemuda  itu sampai genap jam lima petang.
  Pemuda  itu lantas turun di hadapan Khalifah seraya meminta maaf kerana  'terlambat'
menyebabkan suasana tegang dan cemas. Pemuda itu menerangkan  sepatutnya dia sampai
lebih awal, tetapi terlewat disebabkan tali  kudanya putus di tengah perjalanan. Dia
menerangkan urusan yang  dikatakannya amat penting dulu ialah kerana terpaksa
menyelesaikan  tanggungjawabnya sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan menyerahkan
tugas itu kepada ibunya. Pemuda itu berjumpa Abu Zar untuk mengucapkan  terimakasih di
atas kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai tebusan.  Selepas itu dia segera ke tempat
dilakukan hukuman pancung. Ketika  pengawal hendak menghayun pedangnya, tiba-tiba anak petani dengan suara  yang kuat meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela hati dia memaafkan
 kesalahan pemuda itu. Mendengar kata-kata anak petani itu, pemuda itu  amat lega dan terus
sujud tanda syukur kepada Allah.

Tepatilah janjimu wahai manusia J J J

No comments:

Post a Comment