zwani.com myspace graphic comments

Wednesday 12 December 2012

BeliEvE <~~~~


Apa kata pada kali ni, kita cuba berhenti sejenak dan berfikir sekejap. Cuba kita fikir dgn akal logik, macam mana satu komuniti yg pada mulanya sgt kecil dan dipinggirkan tp akhirnya mampu menguasai 1 per 3 dunia???

Lihatlah pada awal sejarah pembentukan Islam. Kita pada asalnya dahulu tidak mempunyai apa-apa peralatan yg canggih. Kita bermula pun dgn penuh kesusahan tp lihatlah 90 tahun selepas  nabi Muhammad saw wafat di mana kita?? 90 tahun selepas itu kita sudah berada di sepanyol.

Apabila nabi Muhammad SAW menyebut "Lahaulawalaqu'watailabillah" apa yg nabi SAW sebenarnya maksudkan? Nabi SAW sebenarnya memberitahu kita umatnya bahawa tiada kuasa yg sebenar benarnya melainkan kuasa Allah azza wajala. Maknanya, kita dan semua makhluk Allah yg lain tidak mempunyai apa2 kuasa pun sebenarnya.

Oleh sbb itulah kita lihat Abu Bakar ra sebelum pergi berperang apa yg dia lakukan. Dia akn berdoa bersungguh-sungguh memohon pada Allah seperti dia tak perlukan sesiapa melainkan Allah dan sewaktu dia di medan perang dia berlawan bersungguh-sungguh  seperti dia tidak memerlukan sesiapa pun melainkan dirnya sendiri. Persoalannya kenapa?
Kerana Abu Bakar tahu bahawa kemenangan dan kekalahan bukan berada di tangannya tp di tgn Allah.

Kalau kita cuba faham konsep ini ia sebenarnya bukan sahaja mampu meningkatkan kepercayaan kita pada Allah tp juga keyakinan bahawa tiada halangan di dunia yg tidak mampu kita tembusi apabila mendapat keiizinan Allah.

Atheis ataupun mulhid adalah musyrik berdasarkan Dr. Jafar Idris, berdasarkan kitab mereka iaitu kitab Dahria ataupun sekarang ini sudah menjadi kitab kepada komunis percaya bahawa dunia ini dan makhluknya mempunyai kuasa mereka sendiri. Mereka percaya bahawa seorg manusia itu mampu menyakiti manusia lain kerana kuasanya sendiri bukan kerana kuasa Allah. Oleh itu, kalau kita takutkan makhluk lain kerana yakin mereka mempunyai kuasa untuk menyakiti kita maka apakah bezanya kita dgn mereka?? Wallahi kita takut sesuatu yg kita tak perlu takut kerana kita ada Allah. Ini adalah salah satu konsep tauhid asas yg perlu kita fahami.

Tuntasnya, percayalah pada Allah walau dalam APA JUA KEADAAN PUN. Meskipun apabila kita dikelilingi oleh berpuluh puluh ekor singa yg kelaparan.

sekian dahulu assalamualaikum ^^

No comments:

Post a Comment