zwani.com myspace graphic comments

Sunday 16 December 2012

~Khalifah Allah~





Khalid Ibn Walid, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh
Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai
khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid
tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut:-
  
 1.  Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar
Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid
sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan
kerana bantuan Allah swt.
   
2.  Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.
 
3.  Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap
pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh
Khalifah.

Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-
"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin
dan lancer, beliau melucutkan jawatanku"
Lalu seorang lelaki berkata : "Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah"

Khalid membalas :

"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku"
Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau
dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan
mencipta fitnah.

Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda
r.a,
"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang
kamu benci berlaku"

Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya: "Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar  Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya

Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a
al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa
beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat
diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk
umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah
pentadbirannya makan terlebih dahulu.

Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana
mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai
Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu..

No comments:

Post a Comment